CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 19, 2008

a.d.u.i


bunga ini cantik.
betul..bunga ini cantik.
saksi: shida, izran, kak ida, kak kb, warga cafe sastera, zainal.

xcaye?

xcaye sudah.

Sunday, November 16, 2008

yeay!

besok lasstt............
;)

(harap-haraplah)

Friday, November 14, 2008

2nd paper yang kalut

4 days left.
1 paper to go..

paper dr.amir yang sangat unpredictable itu..

harini selesai sudah 1 lagi subjek ku. dalam Auditorium KPS yang sejuk giler...siap duduk atas pentas. :p hehe. sejukk gileee kalah BP.

kena menjawab 6 soalan dari 8 soalan. banyak betul kan. so aku sempat kira-kira timing aku, adelah dalam 20 minit menjawab 1 soalan. aihh. boleh pulak aku silap timing ingat ke paper habis pukul10.00..laju punya laju tulis kejar masa. aik pelik napa takde announcement dah tinggal lagi 15 minit? terlupa kot. laju punya laju lagi tulis.. dah pukul 10 tuh siap letak pen. tulis nombor soalan kat depan. tulisan tak payah nak cakaplah. aku pandang tepi, tengok kawan aku shida. die buat memek muka comot dan mulut die bisik selow2 'sejukkkk.......'. aik dieni sempat lak cakap sejuk.. huhu.

tunggu..

dan tunggu..

belek kertas cek nombor soalan.. bla3..


eh nape semua macam dok relek tulis lagi nih..aku xsabar nak keluar ni sejuk weii..
then macamana ntah terasa nak tengok muka depan kertas soalan tuh.

8.30am.

dalam otak aku: 2jam + 8.30 = 10.30!!



damn.
setengah jam lagik ah. gi kejar masa macam hape.
ceh
tuhla sejuk punya pasal otak beku.
tulisan bulat-bulat kat depan dah jadik lonjong2 kat side belakang..
haha, lantaklah. so mengedit yang mana rasa perlu selama 30 jam..
aiyaa~~ exam aku sem ni sume ada kisah dia.. ape nak jadi la ina last paper nanti kan.


dan harini aku telah dapat bearbear kerry dari wina. adiah sempena tamat belajar ye kerry? sekarang nit tamat belajar pun dapat hadiah tau..dun play2.. ;)

thank you kerry!!

dan harini aku berkenalan dengan seseorang. hmmm..

Wednesday, November 12, 2008

woww dua kali

hari ini, aku di gemparkan dengan dua berita yang membuatkan aku ter-wow sendirik2 kat bilik komputer library..

hehe.

firstly.
oh wow yang first ni adalah rahsia. (hahaha) tapi tengah tunggu green light je dari kawan aku nih, kalau kamu kata ok jek, aku teros update post ni ok..?
nak simpan dulu ruang kecik untuk update..
___________
___________
___________
___________
___________
___________

cukup tak rasa?
cukup kot.
kan..kan.. :p


ok next.
second wow adalah..
salah seorang cosmate (bioinfo) aku, yang dimana baru melangsungkan perkahwinan beliau.. sudah pun mengandung!! :D

ok tu bukannya point cerita aku lagi..

yang aku ter wow ialah beliau telah disahkan oleh doktor bahawa kandungan beliau adalah bayi kembar........... :)

wow tak?? heeeee....

anak first...first experience dan adalah kembar.... kalau aku, tak tahulah nak happy ke or takut ke or sedih ke excited, tak sabar, dan sume sume lah perasaan satu package datang sekaligus. :) kan kan kan??
setelah aku congrats beliau panjang2, aku tanya perasaan beliau..dia jawab short. i am happy.

:)

macam manalah perasaan happy dia tu ya. saya nak rasa jugak. macamana tu ye... haish..

kepada cosmate aku, aku rasa korang tau kot sapa yang aku maksudkan dalam post ini. mari kita sama-sama doakan kesihatan beliau dan semoga beliau selamat melahirkan bayi kembar itu. amin.


update**
kalau tak mention sapa cosmate tu, mcmane nak doa?
orangnya ialah Nisha.

Monday, November 10, 2008

SNT . Saya Nak Tidur.

kenapa belajar SNT itu boring?

sejak tahun pertama aku ambik, tak pernah jumpa subjek SNT yang bila time aku baca tu macam bersemangat gile..berkobar-kobar..
dan juga tak pernah jumpe subjek jabatan nih yang takde assgnment yang berlambak lambak yang penuh dengan tulisan..

....

budak-budak SNT ni rajin-rajin belaka kan..

+_+


tolonglah berikan aku kekuatan habiskan topik-topik ini Ya Allah.......

my second last paper = subjek luar jabatan aku
SNT tamadun islam dunia semasa.
14 November 2008
8.30 am.

untuk subjek ini, aku kena habiskan baca buku pasal 'Pemakanan menurut Islam dan Sains' dalam 4 chapter dan nota kuliah. banyak tak?




banyak.

saya nak tidur.

Sunday, November 9, 2008

teka-teki-teka-teko :D

kawan-kawan jgnlah stress study sangat..
now ni mesti ramai dah habis paper kan..
aku macam dah start nampak status-status di ym list ku yang menjeleskan jiwa ku~~
yang dah merdeka senyap2 dulu ek..
tunggu 18hb nanti :p

aishh lambatnye~

korang yang free, jawab la teka-teki neh.. ;)
aku dapat dari email.

1. hitam dan berpeluh-peluh? apa tu..
2. benda apa masuk segitiga, bila keluar gulung-gulung? hehe, jawapan neh logik dan sengal.
3. kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu lagi tinggi?
4. banyak-banyak kotak, kotak apa tak terangkat?
5. kenapa penggali kubur gali kubur tak pakai selipar?
6. 3 kepala, 6 mata, 8 kaki..apa tu? yg nih mmg susah neh, genius je leh jawab.
7. masa dia hidup kita nyanyi..dah mati kita tepuk tangan (yang ni ramai tau ni jawapan..)
8. banyak-banyak kera, kera mana pandai menaip?
9. ade 4 orang gadis cun kongsi satu payung yang kecik, tapi kenapa sorang pun tak basah??
10. and lastly soalan keagamaan... ada sorang tengah sembahyang, pastu ada sekor anjing jilat kaki dia. BATAL TAK AIR SEMBAHYANG TOK IMAM TU??


just for fun!!

cayok stadi!!!

final countdown.

i am nearing to it..
i can feel the excitement..

could u feel it?
:)

8 days left
insyallah

Saturday, November 8, 2008

tagged by nurul...


>lima tabiat buruk time di sekolah?

aku time sekolah bolehla dikategorikan budak baik. so jahat aku ni takdelah jahat sangat kot, cume nakal-nakal bese jek~

1. suka tukar tempat duduk, tapi kalau time cikgu yang jenis suka cek tempat duduk tu datang, cepat2 tukar balik. dulu sekolah kitorang kena duduk lelaki-perempuan kat meja tu. dengan alasan, macam tu baru senyap. pastu kat belakang class mesti ada tampal tempat duduk sebenar satu class. ade pulak tu cikgu yang jenis suka cek. mcm ntahape hape kan..hahha. rindu zaman nih.

2. simpan buku tebal-tebal dalam laci malas bawa balik. aku rasa ramai kot org penah wat mcmnih..kan kan..

3. suka keluar class awal time rehat. yang ni especially time cikgu yg tak best datang, or bosan. konon keluar awal dengan alasan ada tugas. aku dulu librarian tauuu....hahaaha. maka librarian yang kena bertugas time rehat boleh keluar awal.. biasanya cikgu takkan tanya kenapa keluar. die paham-paham sendiri nampak budak baju biru dan hijau keluar ramai-ramai. so aku join je lah~

4. buli junior? xdelah, batch aku tak kamcing dengan junior, tak tau ah nape. so tak berpeluang buli membuli nih..btw aku sekolah harian so kejadian buli nih takdela sangat kot.

5. pinjam buku lama-lama. hoho, amik kesempatan ah kan gunakan peluang as librarian nih. pastu penah la time librarian kawan-kawan yang kena denda sebab lewat pulang buku tu aku lepaskan aje. tapi lepas tu ade pulak system rekod2 kat komputer tuh, takdapatlaa buat amal kebajikan. haha.


> 3 favourite subjek anda. kenapa?

ouh, aku suka pendidikan seni. hahaha. aku suka sebab selalu subjek nih yang naikkan markah aku sebab budak pandai-pandai kelas aku sume boleh dikatekan tak berseni. so walaupun subjek aku yang lain macam hampeh, leh la cover dengan subjek ni. tapi sebab aku selalu dapat tinggi, so dorang tuduh aku pet student en.hasrul. cet.. time dah naik form4..hilanglah subjek favourite aku...wuu.

kedua subjek math. math asas yeh, bukan add math. aku suka math sebab..senang score.. add math, no..no.. huhu.

ketiga, subjek kemahiran hidup. best.best. especially time buat2 kerja kayu tuh. time belajar tak bestlah. bosan. time belajar account lagi macam haram.


> 3 subjek yang tak suka. kenapa?

aku benci sejarah!! benci.benci.benci. benci sebab buku teks dia tebal.

pendidikan jasmani. tak suka sebab kena tukar baju..malas siot tukar baju. laki senang jek. ceh.

bahasa melayu. huhu, tak suka sebab aku ni dulu lemah buat ayat. satu-satunye tusyen aku time spm dulu ialah bahasa melayu. pecaye tak. hoho. mr.suguz...miss u~


> kamu paling suka?

suka hari jumaat, dapat balik awl~



> anda tak dapat hidup tanpa?

kawan-kawan aku... kawan-kawan time sekolah ni lain ah rasa dia dengan yang sekarang dan time matrikulasi. sume jenis lain. kawan-kawan aku time sekolah la paling sekepala dengan aku. tak tau nape. kadang-kadang tuh pandang2 je dah tau ape dorang nak. gelak pon boleh tau gelak sebab ape. rindu beb..


aik tuje soalan? heh..
aku mahu tag: kerry, bibi, ika dan shfiq if kamu baca tag nih. ;)

oh greenie ku...


sape berani langgar lari nih..
kalau dapat kamu, siaplah.......

haish!!

ni adelah kecacatan kali kedua yang dialami greenie selepas kejadian parah dimana aku terlanggar tiang tepi bioinfo.


mahu gelak?
silakan..

Wednesday, November 5, 2008

tagged?

not actually kena tag, but saja nak buat seperti nurul..

weird name in my phone book?
here it goes..

B.
ini ialah nama-nama for cosmates aku yang bioinfo. B for bioinfo..

B.jr.
ini tuk budak-budak junior bioinfo..haha ade 3 contact je kot dlm hp aku.

S.
kawan-kawan sekolah

M.
kawan-kawan matrik

I.
membe-membe di IMR ..haha.

F.
member-member seperjuangan di feskum.

F.my.
feskum, my ajk!!

7.
kawan-kawan yg dikenali di zaba..kolej 7

12.
ni tuk kolej 12.

um.
tuk kawan-kawan ku yg dikenali di um..

.
perhatikan di atas tu adalah satu titik ye. nama-nama yg start dgn titik di hadapan ialah khas utk femili2 aku. konon-konon kalo emergency senang carik, tekan titik jek kuar sume. emergency je femili yeh? haha.

~
tuk number fast food..haha

#
ni lak tuk nmbor2 selain nmbor tepon. number acc bank, bla3..dan sebagainyer..


phone book tak semestinye save nmbor tepon je kan..
so sesape rasa nak buat tag neh sile2lah..

microbiology am

aras 1
3.00 pm

harini aku rasa aku sangat nervous gile-gile aku tak tau nape.
muka depan kertas jwapan tuh dah bape kali aku liquid time nak isi nombor matrik aku. tulisan depan tuhla selalunya aku buat paling cantik, tp jadik huduh.

adakah ia petanda buruk?

no..no..

mungkin sebab ter-psyco sebab abang aku hantar aku ke BP.
haha.


lantaklah.


yang penting microbiology am selesai...

2 lagi paper ina.
cayok!!!


p/s: aku silap eja chytridiomycota :( harap nirmala tak perasan..

Saturday, November 1, 2008

pin drop silence please.

ok kali ni entri aku ade kaitan dgn title nye.
hehe.

dulu aku sangat tension kalo balik rumah time nak exam2 ni. dengan bunyi tvnye, dgn bunyik anak2 jiran aku yg bising gile, renovation rumah, lori2 lalu dpn rumah. semualah..
so kalo boleh aku akan mngelakkan diri dari pulang ke rumah, melainkan kalo kolej itu lebih tidak aman bagi aku dari sesetengah aspek.

tapi sem ni best sikit. nak tau nape?

1.abg aku tengah sibuk prepare exam GRE dia.
2.adik aku..SPM. (wahahhaa )
3.aku goyang kaki



hehe, keadaan lebih fair and square kan? kami adik bradik sume tgh nak exam. so memandangkan adik aku lagi cerewet dari aku dari aspek kebisingan maka aku boleh menumpang gembira belajar aman. jiran2 aku yg bising tuh dah pindah. wpon dah pindah tapi dulu dorang datang gak setiap ahad tapi skarang entah mane ntah hilang..baguslah.

alhamdulillah.... :)


so korang yg di kolej jgn malas2 blajar..lalalala.
apepon, hidup di kolej mmg best.