CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 29, 2012

Potato bun bun ;)


Potato Bun!

Aku punya la ingat benda ini simple nak buat. Rupanya..astaga, 2 hari aku buat mende ni.

Nak tunggu yis ku aktif membangunkan tepung.


Kalau korang nak cuba, setiap ramuan itu kena tepat ye. Yis jangan taruk banyak sgt, nanti bau tengik.
Tepung lak jangan banyak sgt, nanti jadik keras.

Aku buat macamni:


Bahan-bahan untuk Bun/Roti:


135 ml air sejuk
300 g tepung gandum
1/2 telur (1/2 lagi untuk disapu pada atas permukaan roti nanti)
35 g butter
3/4 sudu teh garam
1 sudu besar tepung susu
2 sudu teh yis instant
80 g gula kasar
60 g potato yang dah dilenyek dan direbus


Potato tu, dah rebus dan lenyek baru timbang ye. 

Ok cara-caranya: 

1. Gaulkan sekali bahan-bahan seperti di atas. Terpulang la nak guna tangan ke mixer ke. Tapi kalau guna mixer tu, hati-hati sebab adunan ini likat sikit. Takut nanti rosak pulak mixer.

2. Uli sampai jadi doh. Kalau doh korang tak lawa bulat, lembik-lembik..tambahkan tepung sikit demi sikit. Tapi jangan banyak sangat ok. Nanti keras. 

 tengok doh ni, tak lawa kan? macam lembik je, tak solid gitu.
takpe..macamtu la :) 


3. Tutup doh dengan kain basah.

jangan usik usik.. biar je. dalam 2 jam macamtu. 
jangan bukak-bukak ok..


4. Ha tengok..dah kembang kan. 2 kali ganda.







5. Tumbuk-tumbuk doh...keluarkan angin dia. Pastu uli-uli susun kat tray. Kalau korang ada tray segiempat, lagi lawa. Tapi aku guna je yang bulat.

adunan 1st.
plain takde inti. susun elok-elok jangan tindihkan. 
sebelum tu sapukan dulu butter kat permukaan bekas.


 adunan 2nd.
aku letak inti jem rasberry ;) 



6. Tutupkan bekas dengan kain basah lagi. Nak bagi tepung naik lagik.

7. Sambil tunggu doh naik, jom buat kastard!

kastard ini untuk di hiaskan atas bun itu nanti. 
Cara nak buat kastard ini sebenarnya terlalu general. Ikut citarasa masing-masing.
Aku masukkan 1 sudu kastard, 1 1/2 susu cair, 2 sudu air, 1 sudu gula.
Sebab taknak manis sangat.

Ok kemudian, masukkan kastard tu ke dalam piping beg. 
Kalau takde piping beg pun, masukkan je dalam beg plastik ke..kon kan plastik tu..tebuk lubang.
Dan telur yang dah dipukul untuk disapu pada roti. 




7. Ok masa untuk cek adunan kita.. tengok.. dah takde dah kan ruang-ruang antaran doh? :)

yis membiak dengan bahagianya..
..bagus yis. good job! 

8. Sapukan telur pada permukaan. 



9. Picitkan kastard atas roti. Ikut citarasa masing-masing camne mau decorate. 




10. Bakar dalam oven untuk 180 celcius, 20-25 minit.

11. Siappp!



 adunan jem :)



 haha..bulat..bulat...





 kalau suka kastard banyak-banyak.. tarukla banyakk...
ini saya tiru potato bun kat carefour tu.


apa?
nak tengok intinya?

jem!









jemput makan ;) 







Monday, January 23, 2012

Kek batik biskut DIGESTIVE ^^

Salam semua.?????.

Oh lalang tumbuh lagik. Hehe.
Blog aku ni macam musim plak. Kalau dah mula pasal masakan...mula la post berderet pasal masakkan jek.

Hari ini aku buat kek yang paling senang di dunia.
Tak lain tak bukan, kek batik.

Cuma kali ini aku olah sikit, cuba nasib sikit guna biskut digestive.


Camnila rupa biskutnya.. 





Camnilah rupa paketnya ;)


Untuk pengetahuan korang, ni biskut favourite family ku.
Biskut ni wajib ada kat rumah kitorang. :) Jadi bagus la kan, tak perlu beli barang mau buat kek ekeke.



Ok so ini bahan-bahannya:



ramuan di rahsiakan
kekekeke



aku share gambar aje la ye :) 











 tadaaa siapp!




 kek batik biskut digestive :)


lihatlah teksturnya.. yum yum


potong kecil-kecil masa menghidang ye.. 


sedia untuk dimakan~






tapi tekstur kek batik guna biskut marie lagi kemas kan? 
:p

Saturday, December 10, 2011

Is imagination really reality?




:)

Sunday, November 27, 2011

Perutusan dari Si Pemilik Blog..






Salam kawan-kawan yang dihormati,


Selamat tahun baru dan semoga tahun yang mendatang kita dilimpahkan dengan rezeki yang melimpah dan diberkati hidup. Amin ya rabbal'alamin.

Dikesempatan ini saya ingin menhighlightkan beberapa perkara dibawah:

Handphone ku yang disayangi telah selamat rosak pada lebih kurang sebulan yang lepas disebabkan screen-nya yang bermasalah. Saya kurang pasti apa dia masuk air ka apa ka..tapi yang pasti dia rosak. Maka segala contacts kawan-kawan hilang sama sekali dan dari 400 contacts kini yang ada saya save dalam simcard hanyalah 13 nama.

Mohon jasa baik kawan-kawan menghubungi saya di azrin4@gmail.com untuk memberikan nombor dan ucapan tabah hati kepada saya :p

Haha.

Maksud saya disini, saya ...minta maaf kalau ada yang call tu tapi saya tak angkat sebab nombor yang tak dikenali. Ataupun jika saya angkat juga call tu, jangan ingat aku main-main tanya siapa ini..sebab sesungguhnya memang benar-benar aku tak dapat cam suara kalian.



Oh duit jatuhla dari langit.


Sekian Ikhlas dari saya,

Si Pemilik Blog.

:)





Lawa je aku susun contacts aku kat phone aku yang dulu.
sob sob..




Oreo-Choc Aiskrim~

Lalala


Seperti biasa, resipi disini hanyalah resipi yang sihat-sihat sahaja.
(Eceh)

Aiskrim tanpa cream:

resipi asal



juga boleh ditambah mengikut citarasa
(gambar diatas saya tambah nata de coco + m&m)






Ini resipinya:

1 tin susu pekat manis
1 1/2tin air masak
3 biji telur
3 sudu makan ovalette
6 sudu makan serbuk koko
2 sudu kecil
2 pek(2x135gm)biskut oreo chocolate cream n peanut butter-asingkan cream dan biskut

CARA:
1.satukan semua bahan dan putar pekat,kembang kilat




2.sejukkan dlm peti sejuk beku dgn suhu beku maksima

3.keluarkan dan putar lg hgga berkrim








4.bekukan semula dgn suhu maksima



5.kemudian,hancurkan oreo kasar2

6.campurkan sekali cream dan kacau sebati

7.taburkan sedikit oreo atas ice cream...





siap!!


Saturday, November 26, 2011

Nugget Ayam Tofu

Ini kali pertama aku buat sesuatu selain juadah kek/biskut/manisan bla bla bla.
Sesuatu yang boleh dimakan tanpa muak.


Memperkenalkan..



Nugget-Ayam-Tofu-Ina~


Nugget ini bagi aku lebih sihat dari yang di pasaran sebab ayamnya tak lah diproses dengan bahan yang tak best. Cuba lah buat di rumah ;)

Ini resipinya:


Resipi:
NUGGET AYAM TOFU

BHN A:
4 ketul isi ayam tanpa tulang-dkisar halus
1 kotak tofu lembut
lada sulah
lada hitam
2 sudu kecil baking powder
garam secukup rasa

BHN B:
2 cawan serbuk roti(bread crumb putih)
1-2 biji telur

BHN C:
3-4 biji telur-dpukul dgn garpu
bread crumb secukupnye

CARA:
satukan BHN A dan gaul sebati
masukkan BHN B...telur masuk sebiji dulu then gaul sebati dan jika perlu baru tambah lg sebiji telur...

bulat2kan kemudian leperkan sedikit
celup dlm telur
then celup dlm bread crumb

siapkan semuanye,then goreng minyak berendam 3/4 masak utk djadikan frozen nugget...atau boleh dgoreng sepenuh masak utk hidang....


Untuk pengetahuan, aku guna bread crumb kuning. Sebab ini je yang ada logo halal yang sah. Yang lain aku was-was.




Siap!
Yeay yeay.

Tuesday, September 20, 2011

Ulangtahun gilang gemilang yang ke tiga ..horayy horayy!

Happy Birthday BLOGGIEE!!


selamat menyambut ulangtahun ke - TIGA !

tiga tahun dah kamu ye
kalau budak dah boleh jalan jalan lari lari



*terima kasih si pembuat kek*







siapa nak bagi hadiah
boleh hubungi saya tanpa segan silunya
:)

Wednesday, September 14, 2011

Kakak cleaner


dalam banyak banyak tempat aku kerja
inilah kali pertama jika aku hendak ke toilet aku perlu membawa kunci.. :D


maka terjadilah macam-macam cerita.
ada yang suka.
ada yang duka.

hehe.



disini aku nak cerita suatu yang..
aku tak pasti nak masukkan kategori suka or duka.




*****


hari ini aku ke toilet.
macam biasanya..selepas menyelesaikan urusan urusan penting yang wajib
aku ke sinki untuk membetulkan wajahku sebelum masuk ke office
ketika khusyuk melihat diriku..


pintu toilet diketuk.



aku abaikan.
(eh takde kunci takpayahla masuk kan. grrr)




diketuk lagik. dan lagik.
kali ini siap ditolak2.



aku..haihhh.
ok.




aku tolong bukakkan pintu.
dan melihat kelibat seorang kakak cleaner..yang tak pernah aku nampak.
(oh maybe baru kot? )


kakak cleaner: sori ye...ingat ke kunci tadi.

aku: hehe. ye kena guna kunci kak.

kakak cleaner: oo. saya baru disini. saya nak tengok toilet.

aku: ok.


selang beberapa minit..




kakak cleaner: eh....kecik ye toilet ini?

aku: oh.....errr aaah. sebab sini sikit orang kot.

kakak cleaner: susahla macamni nak bersihkan. kecil je.



aik. hmmmmm.
mungkin kalau toilet kecil tu die susah nak kangkang2 nak cuci kot?
tapi..tapi..
bukan lagi kecil lagi mudah ke nak kunci?
mungkin teori aku salah.



aku hanya mampu memberikan senyuman.




kakak cleaner: yela adik..kecil sungguh airnya. haihh susahla nak cuci toilet ini.

aku: ooo.....air.

..
..
..
..
..
..
..


lalu aku:

ye makcik. air disini memang kurang deras sejak kebelakangan ini. :)









alahai bikin saspen aje
:D

Thursday, August 11, 2011

post paling excited. maafkan jika ada terlanjur kata atau statement yang menampakkan aku ni syok sendiri. tapi aku memang HAPPY! :)

Sebelum memulakan kata, izinkan daku mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua!
:)


Aku suka bulan puasa sebab..

1. aku rasa bulan ni lah bulan yang paling ayah ku tak busy. kami hari hari boleh makan semeja sekeluarga :)

2. rasa ringan je nak menunaikan ibadah seharian. :)

3. bulan bagus untuk diet yang bagus!

4. $$$ dapat di jimatkan lalala

5. boleh balik ofis awal!!

6. peti sejuk sentiasa ada makanan yang menarik menarik

7. takperlu bawak botol air ke ofiss ..ringann tangankuu. lalala.

8. boleh cakap kat kawan kawan: jom bazaar!

9. boleh tanya kat emak sambil berada di ofis: mak apa special hari ni? dan mak akan menjawab sesuatu dan akan membuatkan ku TAK SABAR NAK BALIK RUMAH.

10. dan ini reason yang terbaru.. untuk tahun ni. dapat jual kuih raya ahahahhaa.


:)


alhamdulillah dengan kehidupan aku sekarang.
seronok.
alhamdulillah...alhamdulillah..

******************

wahai kawan-kawan..
aku nak berteka-teki disini.



haritu ayah aku belikan aku sesuatu.



cuba teka apa ni?
(lihat gambar di bawah)

gambar 1



gambar 2




gambar 3







and finally....


LALALALLALALALLALALAAA..





Stand MIXER!!!!


yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes.yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes.yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes.yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. yes. !!




dan sekarang ini ialah homework ku:


membaca :D
almaklumlah..takpernah ada mixer.
yes. takpernah.





sebenarnya..ayah ku belikan ini seleapas conversation ini..dalam 3hari lepas.


Di suatu hari ketika sedang enak bersahur:

Ayah: Ina... dah ada duit jual kuih raya tu simpan. jangan nak shopping shopping selalu.

Aku: Hmm. okey.

Ayah: Beli benda yang perlu je. benda benda yang penting.

Aku: OK. ...rasa nak beli mixer la bak.

Ayah: Ok. beli mixer tu. ok juga.

Abang (penyibuk): Buatpe nak beli mixer tu ina. guna sajalah tangan..senam sikit. bukan susah.

Aku: penatlaa gunaa tangan!

*(gaduh gaduh gaduh gaduh gaduh)*


then..




selang 2 hari.


aku tersenyum : )






terima kasih heroku!
:)





Sunday, June 12, 2011

tutti frutti dan saya dan abang dan adik


(gambar hiasan: beginilah rupa Tutti Frutti yang sedap)




(Ini bukan gambar hiasan: ini hasil peninggalan saya, abang saya dan adik)



pagi ahad yang indah.
mood yang ceria.
tapi ibu dah ke kenduri kawin saudara..
hmm
geram lak aku tengok abang aku senyap je tengok tv.
rasa macam dah lama pulak tak pau budak ini bulan ni :)
lalu..



aku: man...jom makan tutti fruti nak?
abang: apatu?
aku: frozen yogurt. sedap.
adik: kat peti sejuk kan ada yogurt..
aku: @#$$@%...
adik & abang: (gelak gelak gelak)
aku: (ok takpe aku dah biasa dengan digelakkan dorang, namun aku tabahkan hati)
aku: jom la..jom la..

aku bangun, tutup TV yang abang aku tengah tengok. aku paksa adik aku cepat bersiap.




misi aku berjaya.
aku berjaya keluarkan bodyguard-bodyguard aku ni dari rumah.
seperti biasa, aku duduk dibelakang..abang aku drive.
aku menikmati pemandangan sambil peluk bantal rama-rama.
:)

sambil dalam perjalanan tu..
abang: wei, mahal ke benda tu?
aku: ala takla, murah je..dia charge ikut berat. jangan ambik banyak sangat.
abang: kalau mahal takyahla, kita pergi tempat lain je..ko nak ke makan tutti frutti lan?
adik: aku ON je kalau ada orang belanja.
aku: (gelak gelak) ye azman..ko belanja.
adik: wei orang ajak la kena belanja!
abang & adik: (gelak gelak gelak)
aku: (dah biasa digelakkan....aku diam je)



sesampai ke destinasi..Tutti Frutti..
yeahh~
yes yes
yess..



aku bagi arahan kat dorang macamana nak ambil tutti fruti tu
macamla aku pernah makan benda ni sebelum ni
haha


dan sesampainya di kaunter..
aku pun meletakkan bekas aku ke atas penimbang..


akak kaunter: bayar semua sekali kan?
aku: ye semua sekali.
akak kaunter: ok semua total RM bla bla bla.
aku: (pandang abang aku)
abang aku: (keluarkan credit card)
akak kaunter: err...sorry. credit card tak diterima.
abang aku dan adik: (pandang aku)
aku: @#$#@$%...???
aku: ...ok. aku bayar.
abang aku & adik: (gelak gelak gelak)
aku: (ok kali ini sedidkit over pulak aku dikenakan!)





dan sepanjang perjalanan balik tu
aku dapat merasakan...





grrrrr..






aku: man.....isi minyak, full tank.
abang: ok ok..aku ganti balik.
aku: :)




aku bukan berkira.
tapi aku berkira kira.....




end :)