CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 22, 2011

bang-gila-dash

episod mencari buah cherry merah.
perbualan aku dan abang bangladesh yang baik dan murah dengan senyuman.


berapa harga buah cherry ni?

-RM20 setengah kilo.

saya mau 3 biji saja. takmau banyak-banyak.

-sorry adik, tak ada macam itu. mesti beli ini paket.

ala...hmm, takpelah. thank you.





lalu aku pun jalan ke kedai lain.
punya susah cari cherry ni. yang ada pun kena beli pukal.
apa aku nak buat beli banyak-banyak..

dah dua tiga kedai aku keluar masuk.
semua sama je sistem jualan cherry dia.

ceh entahapahapa.




maka aku pun berputus asa.
biarlah, beli strawberry je lah.
gantikan cherry.
:)





sedang aku menukar haluan perjalananku ke kedai lain...
tiba-tiba..





adik mau buah cherry? mari sini boleh ambil sini 100g pilih-pilih.




abang bangladesh yang baik tu tegur aku.
dia suruh aku pilih buah cherry yang tak dibungkus dalam 1 kotak polistrin ni.
dia kata ni buah reject, yang ada rosak-rosak sikit.
aku tengok macam ok je buahnya...
ape lagi..aku pun memulakan operasi mengutip.
sambil berbual mesra dengan abang bangladesh yang baik hati itu. :P


tak sampai 2 biji aku kutip.
tiba-tiba..
bang-gila-dash gila kuasa datang tepi aku.
(kawan dia kot)


bang-gila-dash gila kuasa: tak boleh pilih. mana boleh pilih.

aku: (blur) (apekah???)

bang-gila-dash gila kuasa: (ambil bakul yang aku pegang tu, dropkan balik cherry yang aku pilih tu ke dalam polistrin)

aku: (@#@#$#$????)

aku: eh kenapa ni?

bang-gila-dash gila kuasa: tak boleh pilih. (tu je dia duk ulang-ulang)




aku tengok bang-gila-dash gila kuasa tu tenung muka bangladesh yang baik tu. dia buat muka geram. aku xtau apa motif dia tu. dia elok je suruh aku pilih. kau sakit apa?



motif apekah????
argh..






tak puas hati!!






benci.
benci.
benci.

Friday, May 6, 2011

pesanan dari penulis

kawan-kawan,

cuaca di luar sejak akhir-akhir ini sangat panas.
panasnya luar biasa.
maka minumlah banyak air.
ini pesanan dari ayah aku kepada aku.
setiap hari.

yes, setiap hari.





pesanan tulus ikhlas,
ayah aku.




gambar hiasan





selamat hari ibu kepada semua ibu di dunia.
terutama kepada ibu aku.


ibu aku best!
ayah aku best!





kalau dah kasih sayang melimpah ruah di rumah,
macamana mau mencari kasih sayang di luar sana?


renung-renungkan.
dan selamat beramal~




Thursday, May 5, 2011

bila mentaliti mengaburi mata

sambil berjalan-jalan disuatu petang...





adik: aku nak crispy crepe

aku: ko ada duit ke? (saja kedekut)

adik: mestilah ada..

aku: ok jom.





sambil berjalan ke destinasi kedai itu, aku ternampak seorang insan ni dari jauh...
beliau duduk sorang-sorang, atas wheelchair.
beliau tiada kedua belah tangan.
beliau tiada sebelah kaki.
tapi sebelah tangannya ada pakai jam tangan.


.........dan matanya liar pandang orang yang lalu kiri kanan beliau.







aku berjalan lagi.
tanpa mahu memandang pelik.
biarlah, lumrah hidup kot.
kalau OKU je mesti takde kawan.
dunia ini kejam.







dan..mata aku kadang-kadang ni kepochi jugak.
bila betul-betul aku lalu disebelah beliau..
mata aku memandang.
kerana mahu melihat dengan lebih dekat.
ape motif beliau di sini?






dan..








beliau memandang aku.
beliau memberikan senyuman.
beliau masih memandang aku.
beliau masih tersenyum.
beliau memberikan pandangan seolah-olah mahu menyatakan sesuatu..

dan beliau masih memandang aku.







cuba bayangkan seorang yang pandang korang
sampai teleh2 kepala dorang nak tengok korang
kalau orang normal, aku akan jeling dia tajam-tajam
kalau orang macamni, mereka lain..takboleh jeling..
sebab
mereka lain!








aku CUAK.
erk!!!!
kenapa dia pandang aku semacam ni?
isk.



ok abaikan.
biarlah.
kalau dia nak serang aku ke, aku ada kat public place.
aku boleh jerit.
aku dah pegang handbag aku kuat-kuat.
lutut terketar tu astaga..DIA saja yang tau.
aku rasa macam lambat gila lak makanan adik aku order ni nak siap.
ee....cepatlah..







adik aku lak sibuk jalan-jalan gi tempat lain
aku confuse
sape beli makanan ni?



aku tengok jek telatah adik aku dari jauh..



dan bila adik aku jalan menuju kat aku







tiba-tiba





beliau memanggil adik ku
aku nampak dari jauh
tangan beliau melambai-lambai
memanggil adik aku








ok time ni
aku dah pelik
dan pelik








adik aku lak dengan innocentnnye pergi dekat dia
siap senyum-senyum
borak



lepastu aku dah tak nampak ape dorang buat









makanan dah siap
adik pun kemari





aku: wei, siapa tu?

adik: dia nak mintak tolong ambilkan duit seringgit jatuh bawah kerusi dia..aku tolonglah

aku: OH!!!








ok, serba salah menguasai diri.







hmmm

ubah mentaliti ina..ubahlah.












dan..






adik: ina pinjam duit
aku: wei kata ada duit??

adik: aku ada RM5 je.

aku: grrr.....

Tuesday, April 26, 2011

bila duit menjadi bahan ukuran...

balik kerja.
perut lapar.
tangki kosong.






cek duit: ok cukup.





sesampai ke stesen minyak.
hulur RM20.
tangan tunjuk nombor 5.
menandakan aku di tank ke lima.






isi minyak...isi..isi..
sambil termenung pikir mau makan apa.
KFC dan terpampang depan stesen minyak.
yum yum
lapar!





SCREEN: RM18...19....20...21..
eh!! alamak. aku kasi kakak tu RM30 ke tuk isi minyak?
alamak, camna aku nak makan ni? :(
pasrah je la. beli french fries pun jadi lah.





SCREEN: RM28...29...30...31...
oit! apesal mesin ni takmo stop ni?





dan..





SCREEN: RM39....40...41..
ok aku dah cuak.
rosak hape ni?
tetibe terpikir, oh ye tak ye jugak.
aku kan boleh stop kan minyak ni.
takyah tekan.
arghh!!
duit!
nak makan!!
laparr wei :(







dan aku dengan jujurnya berjalan ke kaunter.
dengan muka tak puas hati.



aku: kak, kenapa dia isi sampai RM45 ni?
kakak kaunter: oh adik..sorry. saya tekan RM50.
aku: saya nak RM20 je
kakak: sorry. kena bayar extra la ni.
aku: (ala kak...nak makan :( takde duit..)





#@#$%$#%#$!!!!





aku benci diri aku.
patutnya blah je tadi.
isk.isk...




nasib baik mak ada goreng ikan.
ikan dan pisang.
sedap gak.

Monday, March 14, 2011

saya sayang nyawa saya.

fakta plastik:
pernah tengok simbol macamni tak?



ini tak bagus.






ini tak bagus.



\


ini tak bagus.







ini bagus.






ini paling bagus.






ini tak bagus.





ini paling paling paling tak bagus.






Nak tau lebih lanjut?
tengok ni
Selamat membeli belah!

Sunday, March 13, 2011

fakta: chewing gum.

(kartun hiasan)

korang tau tak?

1. chewing gum mengurangkan stress.
2. chewing gum meningkatkan daya ingatan.
3. chewing gum membantu mengurangkan berat badan.
4. chewing gum membantu penghadaman.





dan ada yang mengatakan, mengunyah gula-gula getah membuatkan kita fokus dalam memandu.

maka, simpanlah stok chewing gum dalam kereta anda :)







erk..
macam pelik lak blog aku ni tetiba nak share fakta-fakta.
tak pernah kot.

Wednesday, March 9, 2011

LIKE!


saya dengan ini mengistiharkan
butang like di blog ku!








kini anda boleh like like sesuka hati anda :D


Monday, March 7, 2011

07.03.2011

monday.


....dan post pertamaku untuk tahun INI!









:)



gembira akhirnya dapat update blog dengan sepatah dua kata.


psstt:
layanlah komik ini untuk menjana pemikiran kreatif :D

Wednesday, October 20, 2010

20102010

aku update blog sebab..
aku suka tarikh hari ini
:)




perasan tak?
tarikh2 unik semakin pupus

dan aku terharu dengan post>> click
terima kasih!!


sekian
selamat 20102010

Sunday, October 10, 2010

101010


01000001
01011010
01010010
01001001
01001110
01000001



itu adalah nama aku mengikut kod binary :)
sumber









luahan perasaan hari ini:

01100001 01101011 01110101
01101110 01100001 01101011
01101011 01100101 01110010 01100101 01110100 01100001
01100001 01101011 01110101
01100010 01100001 01101100 01101001 01101011 !!












nak try?
print dan boleh isi manually
selamat mencuba :)