sejak hidup tak berkolej nih, aku rasa macam tak ada haluan hidup. habis kuliah je, aku selalu berjalan keluar pantas, tapi tak tahu nak kemana. so aku biasanya akan keluar dan cari port sesuai untuk menunggu dan menunggu..
tunggu abang aku la.
isnin hingga rabu class aku habis seawal kul10. yep, 1class per day. tak best betul jadual kan. dan abang aku habis kerja pukul5..
7jam menunggu adalah bagai...
hohoo maka kalau rajin aku biasanya akan ikut cosmate aku, shida tumpang bilik dia. kalau rasa malas nak berjalan aku ke library je. (malas dan gi library ye? bunyik sedikir pelik.hehe) dan kalo aku super malas aku balik umah teros naik komuter.
***
khamis lepas, aku takde class. tapi aku datang UM macam biasa sebab nak jumpa dengan kakak senior aku, kak ida. die pegi terengganu, dan belikan untuk aku baju raya. sweet kan? :) so aku bertolak dari rumah lepas zohor dan tunggu bagai nak gila kat ktm tu lambat sangat sampai. so kiranya aku sampai UM pun lambatlah. apela nak jadik dgn public transport kite...
sampai2 UM teros ke Bioinfo jumpe kak ida amik baju.. then jam ialah 3.00pm. lagi 2jam aku tunggu aku leh balik dgn abg aku. maka aku pon berangkat ke kolej...
sampai2 kolej, jalan2.. fuh byk gak dorang ubah2 ni. ade lak dorang tambah board2 macam kat sekolah tadika. ape2lah. untuk membuang masa dengan berfaedah, aku duduk depan tv blok perempuan. cadang mahu menonton. bukak tv.. screen biru yang sakitkan mata muncul. tekan2, eh takde pape pon. hurm rosak kot? kakak dobi dah dok pandang2 aku.. ish lame tak dtg sini. mane aku tau wahai kakak dobi tv tuh rosak...
aku tutop tv, gi duduk balik kat bangku dengan wat muka tak kesah. tapi dalam ati..argh 2jam. ape aku nak wat?? gile2 rase takde haluan hidup. nak baca buku, takdelak aku bawak buku pape. dtg UM nak amik baju je pon. takkan duduk dok belek2 baju raya kot...
lantaklah.
main game dalam hp memang best.
(5minit berlalu)
datangla 2 gadis india lalu lalang. sorang daripada mereka gi kedai runcit, sorang lagi gi bukak tv. dari jauh aku peratikan, gaya macam nak lepak lama kat sini, siap bawak roti, keropok dgn air kotak.
gadis tu bukak tv. blue screen. aku gelak dalam hati..haha tv rosak la wei. tak sampai seminit, ntah die tekan ape, tup ....eh ade lak siaran. fuh cayalah gadis.. aku pon tutop hp, bersedia wat posisi menarik tuk tonton tv.
astro..211 (cite tamil)
dan gadis2 tu tros mngambil seat depan duduk tnpe rase bersalah kat aku. (ok kalo aku berfikiran positif....maybe dorang tak perasan aku ade kat situ kot). aku kekalkan posisi menarik aku, dan layan cite tamil.....................
pejam celik sejam berlalu. menarik gak cite nih. aku tak hiraukan pandangan pelik org2 lalu situ tgk aku layan cite tamil dgn budak2 india kat depan. biarlah, aku nak masa 2jam ni berlalu dgn pantas. lalalala~
aku yg menyangkakan dorang akan lepak lama..silap.
dorang bangun, tengok jam. macam tengah kejar masa. then dorang lalu depan tv.menuju ke arah blok. sorang gadis baik hati gi OFF-kan tv!!
kawan gadis baik hati tu menegur kawan dia..
ave tv patuketeirukera (dia tgh tgk tv tu la)
then gadis baik hati tu menjawab..
ave yen izzei pakura (buatpe die perlu tengok ni)
then dorang beredar sambil gelak sinis.
aku hanye mampu mengekalkan posisi aku tgk tv sambil tgk dorng tinggalkan aku dgn tv tertutop..............
bengang.
aku tros gi depan, bukak anime, layan....
msg aku:
kite warga malaysia. kalo kamu bukan bangsa tu, tak semestinye kamu tak faham bhasa dorang. kutuk2 adalah amalan tak sehat. banyak lagik kisah sebegini yang aku lalui..aku cite next time.
Saturday, September 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
wakakakakak..die budget ina tak paham pe die ckppp..nape naa tak balas jeee
ahahahh
Ave yen izzuku izzei pakura.
Ni yi wei shi ni po po de dian shi ma? ren jia kan shi bie luan guan!
XD
kerry: takut kene makan! :D
bulibuli: wo ai ni ni wo ai? ahahaa..
Post a Comment