CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 29, 2008

raya datang lagi..

aku nak ucapkan selamat hari raya dan mintak ampunkan silap aku sepanjang kenal korang. kalau ade terkutuk, terkasar bahasa, terpinjam lupe nak pulangkan dan ter yang apa2.. semoga kita dipanjangkan hayat kita untuk bertemu ramadhan pada tahun hadapan. amin.


aku sebenarnya leh dikatekan takde perasaan pun nak raya. orang kata kalo raya tu kite tak happy, adelah tu slek kat ibadah pose kite. wallahualam. aku tak sure tapi memang setiap raya aku rasa macamtuh. best raya time kecik2 jek.. dan time matrik sebab aku duduk jauh dari femili.

maybe sebab beraya di kl. duh..

beraya kat kl ni aku leh ibaratkan seperti tidur di katil mewah tanpe bantal peluk. tido mmg leh tido tapi takde apekate org 'umph'. pendek kata boring. tambah2 kat area kurang melayu macam kat kepong ni. ibarat tido tanpe katil terus. aku rasa aku lagi rasa macam raya time CNY. kenapelah datuk nenek aku duk dekat2 sini jek. haish..

setiap tahun rutin raya aku ialah bangun pagi2 (dahla boring kene bangun pagi2 lak tu), gi semayang. balik tu gi rumah salam2 sesama femili. pastu gi rumah jiran kasik angpauraya kat dorang dgn buah tangan sikit. (jiran aku semua cina). pastu gi rumah nenek (jalan kaki leh sampai 5minit jek tapi mesti nak naik kete gak)...bertapak kat situ sampai malam. full stop.

kalo time kecik2 lepas tu selalu gi zoo. haha.

tapi yelah of cos ade sedara mara datang and jiran2 datang makan2. borak pasal hal dunia, politikus (maybe tahun ni ia ialah hot topic utk dibualkan dgn jiran), harga minyak (oh ni lagi hot), dan trafic jem di ibukota. side perempuan lak borak pasal baju tak sempat jahit, ramalkan ending serial drama, anak dorang pose penuh..bla3. ah dah hafal.

aku nak gak merasa cari buluh tuk buat lemang, buat ketupat, masak dodol, main mercun, pastu agak2 kalo jiran kita melayu gak camne rasanye raye ek. aish aku mmg kene kawin org jauh ni..hehe.

manusia ni mmg tak penah bersyukur.. dah ina stop merungut..

raya kat kl best pe. tak jem!! kat jalan raya tuh rasa cam leh main guling2..haha. plus duit raya! aku sayang femili aku sebab semakin besar umur anda, semakin berat angpaunye. *wink*


a'ah kan..bukannye selalu raye pun.

btw..selamat hari raya semua!!

Saturday, September 27, 2008

kesah hidup nomad aku

sejak hidup tak berkolej nih, aku rasa macam tak ada haluan hidup. habis kuliah je, aku selalu berjalan keluar pantas, tapi tak tahu nak kemana. so aku biasanya akan keluar dan cari port sesuai untuk menunggu dan menunggu..

tunggu abang aku la.

isnin hingga rabu class aku habis seawal kul10. yep, 1class per day. tak best betul jadual kan. dan abang aku habis kerja pukul5..

7jam menunggu adalah bagai...

hohoo maka kalau rajin aku biasanya akan ikut cosmate aku, shida tumpang bilik dia. kalau rasa malas nak berjalan aku ke library je. (malas dan gi library ye? bunyik sedikir pelik.hehe) dan kalo aku super malas aku balik umah teros naik komuter.

***

khamis lepas, aku takde class. tapi aku datang UM macam biasa sebab nak jumpa dengan kakak senior aku, kak ida. die pegi terengganu, dan belikan untuk aku baju raya. sweet kan? :) so aku bertolak dari rumah lepas zohor dan tunggu bagai nak gila kat ktm tu lambat sangat sampai. so kiranya aku sampai UM pun lambatlah. apela nak jadik dgn public transport kite...

sampai2 UM teros ke Bioinfo jumpe kak ida amik baju.. then jam ialah 3.00pm. lagi 2jam aku tunggu aku leh balik dgn abg aku. maka aku pon berangkat ke kolej...

sampai2 kolej, jalan2.. fuh byk gak dorang ubah2 ni. ade lak dorang tambah board2 macam kat sekolah tadika. ape2lah. untuk membuang masa dengan berfaedah, aku duduk depan tv blok perempuan. cadang mahu menonton. bukak tv.. screen biru yang sakitkan mata muncul. tekan2, eh takde pape pon. hurm rosak kot? kakak dobi dah dok pandang2 aku.. ish lame tak dtg sini. mane aku tau wahai kakak dobi tv tuh rosak...

aku tutop tv, gi duduk balik kat bangku dengan wat muka tak kesah. tapi dalam ati..argh 2jam. ape aku nak wat?? gile2 rase takde haluan hidup. nak baca buku, takdelak aku bawak buku pape. dtg UM nak amik baju je pon. takkan duduk dok belek2 baju raya kot...

lantaklah.

main game dalam hp memang best.


(5minit berlalu)


datangla 2 gadis india lalu lalang. sorang daripada mereka gi kedai runcit, sorang lagi gi bukak tv. dari jauh aku peratikan, gaya macam nak lepak lama kat sini, siap bawak roti, keropok dgn air kotak.

gadis tu bukak tv. blue screen. aku gelak dalam hati..haha tv rosak la wei. tak sampai seminit, ntah die tekan ape, tup ....eh ade lak siaran. fuh cayalah gadis.. aku pon tutop hp, bersedia wat posisi menarik tuk tonton tv.

astro..211 (cite tamil)

dan gadis2 tu tros mngambil seat depan duduk tnpe rase bersalah kat aku. (ok kalo aku berfikiran positif....maybe dorang tak perasan aku ade kat situ kot). aku kekalkan posisi menarik aku, dan layan cite tamil.....................

pejam celik sejam berlalu. menarik gak cite nih. aku tak hiraukan pandangan pelik org2 lalu situ tgk aku layan cite tamil dgn budak2 india kat depan. biarlah, aku nak masa 2jam ni berlalu dgn pantas. lalalala~

aku yg menyangkakan dorang akan lepak lama..silap.

dorang bangun, tengok jam. macam tengah kejar masa. then dorang lalu depan tv.menuju ke arah blok. sorang gadis baik hati gi OFF-kan tv!!
kawan gadis baik hati tu menegur kawan dia..

ave tv patuketeirukera (dia tgh tgk tv tu la)

then gadis baik hati tu menjawab..

ave yen izzei pakura (buatpe die perlu tengok ni)

then dorang beredar sambil gelak sinis.

aku hanye mampu mengekalkan posisi aku tgk tv sambil tgk dorng tinggalkan aku dgn tv tertutop..............

bengang.

aku tros gi depan, bukak anime, layan....

msg aku:
kite warga malaysia. kalo kamu bukan bangsa tu, tak semestinye kamu tak faham bhasa dorang. kutuk2 adalah amalan tak sehat. banyak lagik kisah sebegini yang aku lalui..aku cite next time.

Sunday, September 21, 2008

the launhcing

my new blog.

aku sakit mata dengan background hitam. so aku bertindak menukar tros semuenye.
aku mengikut nasihat supervisor aku, iaitu background putih lebih professional. haha.
watever.. alasan.

actually aku menukar blog aku sebab ade makhluk mane sibuk save gambar2 aku dan kawan-kawan aku.

takde keje ke kawan?

lame fikir nak buat ape. tu yang kejap privatekan, kejap invite kejap tak. biol.. tula ada sesetengah species ni tak leh tido kalo tak buat jahat kot. bertaubatlah sebelum terlambat.

ps: title blog pon lum taruk lagik. ade cadangan sile lampirkan...