Salam Ramadhan semua..
Nak share resipi aiskrim goreng.. Jangan tertipu dengan resipi yang rendam aiskrim dalam telur la, pastu gaulkan dalam cornflakes ape semua tu, susah.
Yang ni, resipi aiskrim goreng yang tesenang dan tercomel!
^^
Bahan-bahan diperlukan:
1. Aiskrim
2. Roti gardenia (atau apa-apa yang seangkatan dengannya)
3. Cawan bulat
Lihat step-stepnya:
tekapkan bahagian mulut cawan ke kawasan yang nak dipotong.
tekan dan putarkan sikit-sikit, roti tu akan melekat dan terpotong bulat...
lalu hasilkan ...
siap dah tu.
boleh digoreng sekarang terus.
tapi seeloknya, letak kat freezer sekejap dalam 2 atau 3 jam..kalau nak best semalaman!
nak masuk dalam freezer tu, masuk dalam plastik bag dulu, baru senang nak amik..
panaskan minyak, minyak dah betul-betul panas, goreng aiskrim goreng tu.
gorengnye kejap je, dalam 10 saat gitu.
bila dah nampak macam roti tu garing-garing...cepat2 amik.
lalalala.
hasilnya:
yummy!!
selamat mencuba :)
oh ye. lepas buat resipi ni, anda usah risau dengan pembaziran roti yang banyak tu.
yela, roti keliling aiskrim goreng tu sian je.
korang buatla puding roti lak ek.
tatata~