CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 22, 2011

bang-gila-dash

episod mencari buah cherry merah.
perbualan aku dan abang bangladesh yang baik dan murah dengan senyuman.


berapa harga buah cherry ni?

-RM20 setengah kilo.

saya mau 3 biji saja. takmau banyak-banyak.

-sorry adik, tak ada macam itu. mesti beli ini paket.

ala...hmm, takpelah. thank you.





lalu aku pun jalan ke kedai lain.
punya susah cari cherry ni. yang ada pun kena beli pukal.
apa aku nak buat beli banyak-banyak..

dah dua tiga kedai aku keluar masuk.
semua sama je sistem jualan cherry dia.

ceh entahapahapa.




maka aku pun berputus asa.
biarlah, beli strawberry je lah.
gantikan cherry.
:)





sedang aku menukar haluan perjalananku ke kedai lain...
tiba-tiba..





adik mau buah cherry? mari sini boleh ambil sini 100g pilih-pilih.




abang bangladesh yang baik tu tegur aku.
dia suruh aku pilih buah cherry yang tak dibungkus dalam 1 kotak polistrin ni.
dia kata ni buah reject, yang ada rosak-rosak sikit.
aku tengok macam ok je buahnya...
ape lagi..aku pun memulakan operasi mengutip.
sambil berbual mesra dengan abang bangladesh yang baik hati itu. :P


tak sampai 2 biji aku kutip.
tiba-tiba..
bang-gila-dash gila kuasa datang tepi aku.
(kawan dia kot)


bang-gila-dash gila kuasa: tak boleh pilih. mana boleh pilih.

aku: (blur) (apekah???)

bang-gila-dash gila kuasa: (ambil bakul yang aku pegang tu, dropkan balik cherry yang aku pilih tu ke dalam polistrin)

aku: (@#@#$#$????)

aku: eh kenapa ni?

bang-gila-dash gila kuasa: tak boleh pilih. (tu je dia duk ulang-ulang)




aku tengok bang-gila-dash gila kuasa tu tenung muka bangladesh yang baik tu. dia buat muka geram. aku xtau apa motif dia tu. dia elok je suruh aku pilih. kau sakit apa?



motif apekah????
argh..






tak puas hati!!






benci.
benci.
benci.

Friday, May 6, 2011

pesanan dari penulis

kawan-kawan,

cuaca di luar sejak akhir-akhir ini sangat panas.
panasnya luar biasa.
maka minumlah banyak air.
ini pesanan dari ayah aku kepada aku.
setiap hari.

yes, setiap hari.





pesanan tulus ikhlas,
ayah aku.




gambar hiasan





selamat hari ibu kepada semua ibu di dunia.
terutama kepada ibu aku.


ibu aku best!
ayah aku best!





kalau dah kasih sayang melimpah ruah di rumah,
macamana mau mencari kasih sayang di luar sana?


renung-renungkan.
dan selamat beramal~




Thursday, May 5, 2011

bila mentaliti mengaburi mata

sambil berjalan-jalan disuatu petang...





adik: aku nak crispy crepe

aku: ko ada duit ke? (saja kedekut)

adik: mestilah ada..

aku: ok jom.





sambil berjalan ke destinasi kedai itu, aku ternampak seorang insan ni dari jauh...
beliau duduk sorang-sorang, atas wheelchair.
beliau tiada kedua belah tangan.
beliau tiada sebelah kaki.
tapi sebelah tangannya ada pakai jam tangan.


.........dan matanya liar pandang orang yang lalu kiri kanan beliau.







aku berjalan lagi.
tanpa mahu memandang pelik.
biarlah, lumrah hidup kot.
kalau OKU je mesti takde kawan.
dunia ini kejam.







dan..mata aku kadang-kadang ni kepochi jugak.
bila betul-betul aku lalu disebelah beliau..
mata aku memandang.
kerana mahu melihat dengan lebih dekat.
ape motif beliau di sini?






dan..








beliau memandang aku.
beliau memberikan senyuman.
beliau masih memandang aku.
beliau masih tersenyum.
beliau memberikan pandangan seolah-olah mahu menyatakan sesuatu..

dan beliau masih memandang aku.







cuba bayangkan seorang yang pandang korang
sampai teleh2 kepala dorang nak tengok korang
kalau orang normal, aku akan jeling dia tajam-tajam
kalau orang macamni, mereka lain..takboleh jeling..
sebab
mereka lain!








aku CUAK.
erk!!!!
kenapa dia pandang aku semacam ni?
isk.



ok abaikan.
biarlah.
kalau dia nak serang aku ke, aku ada kat public place.
aku boleh jerit.
aku dah pegang handbag aku kuat-kuat.
lutut terketar tu astaga..DIA saja yang tau.
aku rasa macam lambat gila lak makanan adik aku order ni nak siap.
ee....cepatlah..







adik aku lak sibuk jalan-jalan gi tempat lain
aku confuse
sape beli makanan ni?



aku tengok jek telatah adik aku dari jauh..



dan bila adik aku jalan menuju kat aku







tiba-tiba





beliau memanggil adik ku
aku nampak dari jauh
tangan beliau melambai-lambai
memanggil adik aku








ok time ni
aku dah pelik
dan pelik








adik aku lak dengan innocentnnye pergi dekat dia
siap senyum-senyum
borak



lepastu aku dah tak nampak ape dorang buat









makanan dah siap
adik pun kemari





aku: wei, siapa tu?

adik: dia nak mintak tolong ambilkan duit seringgit jatuh bawah kerusi dia..aku tolonglah

aku: OH!!!








ok, serba salah menguasai diri.







hmmm

ubah mentaliti ina..ubahlah.












dan..






adik: ina pinjam duit
aku: wei kata ada duit??

adik: aku ada RM5 je.

aku: grrr.....