CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 21, 2010

hari ini hari rabu yang pelik..

fuyo lame tak menulis

aku rasa aku lah blogger nuffnang yang paling miskin


:]

*****
hari ini aku nak cerita tentang buku kawalan yang 'ajaib'.
korang tau kan buku kawalan?


aku taktaulah sejak bila buku kawalan ini wujud kat sekolah. sebab sedar-sedar je time aku sekolah memang ada buku kawalan. rasanya memang dari tingkatan 1 lagi macam pernah nampak cikgu pegang-pegang.


masa zaman aku tu, kalau ada nama budak masuk buku kawalan, memang cerita hot gila lah.
dan pastu 1 class akan kena marah.
dan pastu budak tu mesti muka gelabah sebulan.
kesian kan.
masa tu buku kawalan ialah buku yang paling digeruni.




maka sekarang ni, aku tak guna kekerasan buku kawalan.
aku kan 'sayang' budak-budak nakal ni.



tapi aku agak teruja dengan kisah hari ini.
tak sangka buku tu sebenarnya mampu menyebarkan suatu berita dalam masa yang..sangat singkat.
wow kejap!




begini ceritanya.


exam form4. aku jaga class 4X pagi ini.
exam english 1 jam.


budak-budak okey jek, sebab class ni kalau english dorang memang suka. kalau BM jek tersangkut-sangkut. so agak aman-damai aku jaga class ni hari ini.




tapi..



aku tak senang duduk tengok sorang budak laki ni. dahla tak jawab exam, duk pusing belakang borak-borak kacau kawan lain. aku jadi tensen.


maka aku..
"XXX pandang depan" (1st warning)

"XXX pandang depan..jangan kacau orang lain" (2nd warning)

"XXX senyap lah wei!" (3rd warning)




budak tu buat muka tembok. dan masih pusing belakang.
aku TENSION. aku tengok, buku kawalan depan mata aku je.
pen pon dekat jek ape lagik...tupp nama XXX masok dalam buku kawalan. PUAS ATI.



lantak kau.





bunyik loceng dan aku pon masok bilik guru dengan hati yang bahagia.




tengah bahagia2 dalam bilik guru, datang seorang cikgu...mengajukan soalan:
" azrina, u tulis nama XXX dalam buku kawalan? "




aku tersentak. eh sebelum ni tulis tak pernah lak cikgu lain datang tanye2.
salahke aku? maka aku mengiakan je. tiba-tiba rasa mcm ish sibuk je cikgu ni nak tanya-tanya.. sukati aku lah.


" u tau tak, XXX liquid nama dia dalam buku tu. bla3..cikgu XYZ bagitau saya sebab masa dia dan bla3..so masa tu XXX tak mengaku bla3"


then tiba-tiba datang lak guru disiplin dengan cikgu yang tengah cakap ni. dia pulak menyampuk " ooh so cik azrina yang tulis kan? die liquid nama tu. dan bla3.. tadi saya call ibu dia pasal hal ni, ibu dia tak angkat call"


(erk, macam jadi isu besar jek)

"eh tak..tak. saya yang tulis. sebab dia bising kacau2 kawan. bla3..."




aku jadik gelisah.
eh sampai call ibu?
aduh.
erk abaikan.
lantak kau!!




triinggg
yeay rehat time!
jalan-jalan di staffroom nak borak-borak dengan kawan.
ade seorang menegur..
" eh ina tulis nama XXX kan??"

aku..ermm eh a'ah.
sebab die tu bising.
tak tahan la nak tegur.
so tulis.


blur jap.
fuh.



okei trriiiinggg...
yeay balik time!

tup tap tup tap nak balik
datang pulak sorang lagi dari depan..sorang cikgu cina.

"eh azrina, u tulis nama XXX ya? taukan dia liquid nama dia?"


ehh. eh tau2.
encik PQRS dah bagitau.


"ohh yaka? ooh okei2. budak tu memang bermasalah..bla3..bla3.."





haduh.
adakah aku telah merosakkan masa depan seekor....eh silap seorang budak?
amponmaaf wahai budak.

9 comments:

Cikgu Mizi said...

miss ina, u ke y tulis nme XXX tu dalam bku kawalan..?? die liquid a nme die.. kih3.. aduyaii.. abes a kmu, kne ngadap ngan pibg la jwbnye.. haha..

i.n.a.a.m.i said...

hahah...
kalo die tak liquid rsenye takdek lah isu jadik besar..

XXX tuh mmg senget ah..

Cikgu Mizi said...

btol.. watpe liquid, biar je a bru a gentleman.. hihi..
sok siap sedia je a ei jwpn bg smue psoalan.. hihi..

nazri.sensei said...

lek ar.. baru sorg..

wInAwIn said...

hehe.ina,kt skolah dlu ak xde pn buku tu.buku tu ltak dlm klas ke?

i.n.a.a.m.i said...

mizi: erkk..habesla.
nazri: relax lah nih. tgk ni aku senyom2.
azwina: aah..semua cikgu yang masok class tu mengajar kena sign buku kawalan. kene isik kehadiran, kebersihan class pastu kalo ade budak buat jahat, tulis gak (atas budi bicara guru)~

Rashdon said...

sorry menyibok..
tp blog ni best bace..hehe!!
kesian kat budak XXX tu..hehe
hehehe...

zuLfadli Bachok said...

hehe ina entry yg sangat menarik^^ kita baru terbaca psal entry kisah buku kawalan dan xxx ni..dari pandangan zul cikgu-cikgu lama smkb ni memang mengambil berat tentang pelajar-pelajar dorang sampai pelajar liquid nama buku kawalan pun jadi kes cikgu disiplin siap telefon ibubapa pelajar lagi. Cikgu-cikgu baru di smkb patut mencontohi dan memainkan peranan seperti ini supaya dapat mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna :)

i.n.a.a.m.i said...

haha tqiu don dan zul ;)


don: tuhla, kesian kan budak tu. update terbaru, budak tu dah kena buang sekolah :) tapi bukan sebab kesalahan liquid tu, kesalah lain.


zul: betul betul betul! :p