adik: aku nak crispy crepe
aku: ko ada duit ke? (saja kedekut)
adik: mestilah ada..
aku: ok jom.
sambil berjalan ke destinasi kedai itu, aku ternampak seorang insan ni dari jauh...
beliau duduk sorang-sorang, atas wheelchair.
beliau tiada kedua belah tangan.
beliau tiada sebelah kaki.
tapi sebelah tangannya ada pakai jam tangan.
.........dan matanya liar pandang orang yang lalu kiri kanan beliau.
aku berjalan lagi.
tanpa mahu memandang pelik.
biarlah, lumrah hidup kot.
kalau OKU je mesti takde kawan.
dunia ini kejam.
dan..mata aku kadang-kadang ni kepochi jugak.
bila betul-betul aku lalu disebelah beliau..
mata aku memandang.
kerana mahu melihat dengan lebih dekat.
ape motif beliau di sini?
dan..
beliau memandang aku.
beliau memberikan senyuman.
beliau masih memandang aku.
beliau masih tersenyum.
beliau memberikan pandangan seolah-olah mahu menyatakan sesuatu..
dan beliau masih memandang aku.
cuba bayangkan seorang yang pandang korang
sampai teleh2 kepala dorang nak tengok korang
kalau orang normal, aku akan jeling dia tajam-tajam
kalau orang macamni, mereka lain..takboleh jeling..
sebab
mereka lain!
aku CUAK.
erk!!!!
kenapa dia pandang aku semacam ni?
isk.
biarlah.
kalau dia nak serang aku ke, aku ada kat public place.
aku boleh jerit.
aku dah pegang handbag aku kuat-kuat.
lutut terketar tu astaga..DIA saja yang tau.
aku rasa macam lambat gila lak makanan adik aku order ni nak siap.
ee....cepatlah..
adik aku lak sibuk jalan-jalan gi tempat lain
aku confuse
sape beli makanan ni?
aku tengok jek telatah adik aku dari jauh..
dan bila adik aku jalan menuju kat aku
tiba-tiba
beliau memanggil adik ku
aku nampak dari jauh
tangan beliau melambai-lambai
memanggil adik aku
ok time ni
aku dah pelik
dan pelik
adik aku lak dengan innocentnnye pergi dekat dia
siap senyum-senyum
borak
lepastu aku dah tak nampak ape dorang buat
makanan dah siap
adik pun kemari
aku: wei, siapa tu?
adik: dia nak mintak tolong ambilkan duit seringgit jatuh bawah kerusi dia..aku tolonglah
aku: OH!!!
ok, serba salah menguasai diri.
hmmm
ubah mentaliti ina..ubahlah.
dan..
adik: ina pinjam duit
aku: wei kata ada duit??
aku: wei kata ada duit??
adik: aku ada RM5 je.
aku: grrr.....
No comments:
Post a Comment