CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 6, 2010

oh kesian kamu...

aku rasa aku ni sorang yang sangat mudah kesiankan orang.
terutamanya student aku. walau betapa 'bertanduknya' dia tu, kalau dah buat muka kesian..
aku cair. hari ni aku nak cerita pasal 1 class ni yang memang aku tak suka gila. memang tak best langsung masuk class ni. diulangi...tak best langsung!!


so memandangkan class ni tak best langsung, maka antara banyak-banyak class, dorang ni lah aku bagi paling banyak nota. paling banyak dipaksa skema dan selalu kena ugut wajib hantar buku. sebab kalau salin nota dorang ni senyap sikit. diulangi..senyap sikit. haiz.


dan aku memang tak pernah terfikir nak buat aktiviti dengan dorang, lagi-lagi melibatkan luar kelas. dalam kelas pon tak terjaga, nak bawak keluar memang cari nahas lah kan. nak bawak pegi library pun aku fikir sepuluh kali.


***


tetapi hari ni tiba-tiba sedang aku salin nota dengan khusyuk kat whiteboard, dengar suara panggil aku..


" cikgu..4B mereka pergi ZOO. Kita projek apa?"

belum sempat aku menjawab...kawan dia mencelah

"cikgu..kita pergi Genting!"

kemudian semua muka geng dia tu (Adalah dalam 4orang) tengok aku dengan muka penuh harapan menggunung gila.



"takyah nak perasan lah aku nak bawak kau keluar-keluar. kau ingat aku takdek kerja lain?"
(aku bisik dalam hatiku kuat-kuat)


tapi aku menjawab..
class kamu tak dengar cakap. so tak boleh keluar.

dengan tak pernah-pernah class tu fokus ape aku cakap, tiba-tiba semua pandang nak dengar ape aku cakap. so ape lagi, aku pon menambah..


setiap kali masuk class bising. so memang class kamu dan class 4X saya tak bawa pergi mana-mana. so buat aktiviti dalam sekolah je ya. bersihkan tandas sekolah ke dewan ke. (saja cakap camtu)


"cikgu...taknak....." (suara ala-ala kesian dengar dari entah mana ntah)




kesimpulannya.

PADAN MUKE!!
lalala.

sape suruh kejam dengan aku.
aku kejam dengan kau balik.




tapi aku kesian.
nantilah pikir... :)

5 comments:

Afifi Hafiz said...

hehe...ayat sape suruh kejam tu yang tak tahan..;)

winawin said...

ngeeee~ dulu aku bwk anak murid aku gi library jew. soh dorg ramai2 n sama2 register kt perpustakaan negara tuh. konfem terkawal punyer. pastuh lepak le tmn titiwangsa. hehe ;)

Cikgu Mizi said...

walawei.. cikgu ina smkin kejam.. kihkihkih..

ct cucubi said...

:)...

i.n.a.a.m.i said...

afififi: haha, tak tahan kan.

wina: eh kalo bawak gi library negara sure xlepas masok front gate pon. haha. budak2 skang neh tak suke bace buku. kalau aku suggest mesti kena boo.

mizi: well kau ah ajar :p

kak ct: :)