CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 22, 2010

aku berkawan dengan pelajar jahat.

salam.

sudah lama tak update blog. :)
i miss you my bloggie.



aku perasan sejak menjadi guru sandaran ni, post aku kat blog or even kat facebook mostly pasal sekolah. mungkin sebab aku teruja mengadap dorang and aku sedar yang aku ni sementara je tuk job ni. so aku rasa nak share everything.


tahun ini aku mengajar subjek ringan-ringan sahaja. mungkin sebab dah ada ramai penganti cikgu tetap untuk subjek aku yang aku ajar tahun lepas. happy sebab aku tak payah stress pasal nak prepare lebih2...tapi aku rasa tak puas mengajar. sebab aku rasa aku pergi sekolah sia-sia je. aku nak anak murid aku berjaya. (poyo)


so hari ini aku nak share something yang interesting dan buat aku tergamam jap.

:)



nak menghadap kelas yang lemah dan agak kurang ajar itu bukan senang.
tahun ini, dalam banyak-banyak kelas, saya paling gerun kalau tiba hari khamis....pendidikan seni form3X.

******

masa ke-8


aku masuk ke kelas macam biasa. hari ini merupakan hari pertama aku masuk kelas ini. sebelum ini pernah masuk sebagai guru ganti je. kali ni masuk untuk mengajar.

class dipenuhi murid berbangsa cina dan masing-masing sibuk berbual dalam bahasa mereka.
murid-murid berjalan2 dan sibuk dengan urusan masing-masing.
sorang demi sorang datang untuk mintak pas pergi ke toilet.
student lelaki yang kat belakang tidur dan ada yang bermain baling-baling kertas.



aku rimas dan BLUR.


aku biarkan keadaan sebegitu untuk beberapa minit.
aku gunakan teknik merenung dan bersandar di papan putih--> tak menjadi.
aku berjalan-jalan dengan memegang buku kawalan-->tak menjadi


aku bengang (seriouly bengang gile, sumpah tak pernah rasa camni sebelum ni)



CLASS!!!!!
duduk tempat masing-masing!
stop semua kerja!!! sekarangg!!!
ini kelas yang paling teruk saya pernah masuk!!


(situasi menjadi kaku)

students dgn slow-slow duduk..dan pandang sesama sendiri.







kenapa bising sangat??
kamu nak tiap2 hari kena marah macamni ke?
nak ke demerit 1 class??



aku puas hati.
aku meneruskan benda yang sepatutnyaa jadi lepas itu.
dengan muka yang mengalahkan bontot ayam.
dan lecture dorang atas ketidakpuasan hati aku.

dorang diam. entah faham entah tak.
lantak. asalkan diam.





10minit..kawalan kelas amat best. happy gile aku wpon luaran mukaku mcm hampeh. hehe.
tapi..keadaan kembali sedekit demi sedikit..menjadi bising.
sorang demi sorang..
mula bangun..dan yang belakang itu mula mancari pasal.
ini semua lepas aku mula duduk di kerusi guru. dorang kalau nak aku berdiri je kot depan kelas tuk 1jam?
bengong.


aku mati akal.


aku dah hilang tenaga dah nak jerit2 ni.
aku malas ....




tiba-tiba ada student angkat tangan.
"cikgu, sekarang pukul berapa?"
"cikgu, pukul berapa?" <-- kwn die menyampuk. soalan yang sama.
(aku rasa comel tetibe)


'kamu dua, mari kedepan'

mereke datang ke depan, dengan muke buat salah. seolah-olah macam aku nak panggil denda dorang. sorang mata bulat2 macam pakistan, sorang lagi keding and muka jahat mmg takyah cakap

'cikgu nak kamu berdua berdiri depan class'


"hah..cikgu..kami tak buat salah"

'ada saya kata nak denda? cikgu nak kamu kawal kelas. kelas bising. mulai hari ini kamu berdua jadi pengawas kelas 3X ok?

"OK CIKGU!! bolehhbolehh"

tetibe ade sorang lagi datang
"cikgu2, saya pun mau"

'ok kamu pu join. tapi boleh 3 orang sahaja ok?'

kemudian aku bahagikan ikut kawasan. masing2 jaga row lain







and amazingly..............






dorang dapat manage kelas dengan baek!!!!
bising sikit jek terus aku leh dengar dorang dengan penuh rasa amanah sibuk 'shuhh!shuhh!!!' kawan-kawan dorang.

dan mereke memang tak duduk... berdiri dan kawal seolah2 macam pengawas di tapak perhimpunan. (serious..tak tipu)

aku terharu gila.





sebab asalnya mereke bertiga nilah yang paling bsing!
influence kawan2 dorang yang lain tuk bising gak.

so aku tanya salah sorang dari dorang, sebab aku tengok die bersemangat jek jaga kelas:
kenapa kamu tak jadi pengawas sekolah? saya rasa kamu layak.




die menjawab.....
cikgu, jadi pengawas tak boleh bela rambut panjang.
(sengih)







hampehnye budak.
ahahahha..aku suke!!!! problem tingkatan 3X solved!!
(hopefully tuk nex wik gak.plz)

:)

5 comments:

nazri said...

good2..sudah pandai mengawal kelas...=)

i.n.a.a.m.i said...

bukannye aku yang mengawal :p
lol

ct cucubi said...

tabik spring sama cekgu!!! toing toing toing... yg penting strategi...

iAmeFie said...

ahahaha
tahniah!! aku kagum
:D

i.n.a.a.m.i said...

yeaa strategi tu penting! haha kak siti thnx.

effie, aku pon kagum. :)


strategi neh xleh gune tuk class pandai2. dorang ego sket.