CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 7, 2009

menulis blog dengan point form lebih baik. percayalah..

hidup menjadi boring apabila..

1. kamu gembira melihat folder untuk email dari friendster adalah berjumlah 17 tetapi apabila kamu membukanya, kesemuanya adalah reminder harijadi rakan-rakan semata2.

2. kamu membuka radio dan mendapati ada lagu kegemaran kamu, lalu kamu menguatkan bunyi radio dan bersiap sedia untuk mengambil feel tetapi kemudiannya mendapati bahawa itu hnyelah iklan di radio semata2.

3. kamu selalu mahu melalukan sesuatu dan menangguhkannya di hujung minggu tetapi kamu selalu terlupa dan kemudiannya menangguhkannya ke minggu yang seterusnya dengan harapan budget cuti minggu depan mahu manfaatkan sepenuhnya.

4. kamu rasakan kamu telah membazirkan banyak masa dan memang sedang membazir masa sampai sekarang.

5. kamu merasakan mencari tajuk thesis SENDIRI adalah lebih baik sewaktu membuat thesis tetapi kamu tidak dapat mencari tajuk master SENDIRI yang sesuai untuk kamu walaupun diberi tempoh masa 5bulan dan masih terhegeh-hegeh membazir masa.

6. segala 'things-must-do' yang di idam-idamkan ketika busy dahulu kononnya ingin sangat dibuat sewaktu masa lapang nanti iaitu setelah habis belajar entah kemana dan tiada usaha untuk refresh balik.

7. kamu merasakan setiap hari rutin harianmu adalah sama dan sama..

8. kamu ingin menjadikan sesuatu itu hak kamu sampai mati walaupun kamu tidak mahu jadikkannya hak kamu sampai mati sebenarnya. (aku tak paham gak)

9. kamu terbaring-baring memikirkan masa depanmu bagaimana dan mendapati tidak dapat tidur semalaman dan kadang-kala termimpi ngeri.

10. kamu benci lipas dan akhir-akhir ini selalu diketemukannnya........argh!!

update:
11. JIKA ADA ORANG MEMINJAM KERETA KAMU KETIKA KAMU SEDANG BERCUTI!!


aku benci lipas.
sapa ada solution nak kasik aku tak takut? please. aku bukan nak ngada-ngada, tapi memang aku cukup tak suka creature ni. oh ya nombor lamaku itu telah ku activatekan kembali atas nasihat dari seseorang dan mendapati mmg btul ape dia bagitahu. ramai contact lebih baik.

ps: masa itu emas ina!!!

2 comments:

Anonymous said...

awk kne sll bjinak dgn lipas, cuba sentuh, pgang2. baru xtkt.

i.n.a.a.m.i said...

time kasehla atas tips yg best nih.
:)


no way!