CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 24, 2009

peraturan dunia.

kisah benar hari ini.

'terima kasih untuk mnghubungi TM, ina bercakap boleh saye bantu?'

ini streamyx kan?

'iye ini teknikal streamyx encik'

saya ada masalah besar ni cik. keluarga saya kemalangan jalan raya, ada yang meninggal ada yang cedera. saya patah kaki, patah tangan. isteri saya kat wad. anak saya dah meninggal. saya nak mintak tolong cik. so sekarang kami semua ada kat kampung dan tak akan balik KL untuk setahun lagi, atau tak tau lagi bila. so saya nak terminatekan account streamyx saya sekejap boleh tak? sebab kami semua tak ada di rumah buat masa ni. tolong saya cik..

'boleh saya dapatkan username dan nama encik tak?'

nama saye XYZ username saye PQRS

'sebentar ye encik saye cek account jap'

ok

1 MINIT KEMUDIAN

terima kasih untuk menunggu encik XYZ. saya mintak maaf ya, acc streamyx tidak boleh diberhentikan sebegitu. samada encik mahu terminatekan atau pun tidak sahaja. dan selepas terminate encik hnye boleh guna daftar balik atas nama yang sama selepas tempoh sebulan termination tu. tetapi dalam kes encik, memandangkan encik acc baru maka encik tak dapat terminatekan juga sebab belom sampai setahun acc ni. so encik kene bayar baki acc yang masih perlu dibayar untuk menggenapkan tempoh matang acc encik selama setahun.


'tak boleh ke nak stop kejap je. please?'

tak boleh encik. tapi encik boleh cuba pergi ke tmpoint berdekatan untuk cuba membuat rayuan.

'tapi kaki dan tangan saya patah'

hmm..




...what shud i do? mengapa peraturan dunia ini keji?




ps:
dan harini aku tgk dgn penuh kejakunan ambulan potong queue aku dan tidak membayar tol depan mata aku.

4 comments:

Anonymous said...

hi Ina =]

Anonymous said...

pk duit jek!tah pe2..hmmmmm

Anonymous said...

It is said that the world is in a state of bankruptcy, that the world owes the world more than the world can pay. - Ralph Waldo Emerson

Bukan sahaja dunia, malah manusia juga sudah di ambang kebankrapan. Kita bankrap moral. Kita bankrap kasih sayang. Kita bankrap keinsafan. Kita bankrap belas kasihan.

Tapi kita kaya keburukan akhlak. Kita kaya permusuhan. Kita kaya kederhakaan. Malah kita cukup kaya dengan kekejaman...

Betapa dunia mengajar kita menjadi begini. Undang-undang direka untuk menindas, bukan mengadili. Hukum manusia tidak pernahnya adil tanpa tuntunan wahyu..

Kita menjadi tamak haloba dan menjadi hamba polisi kapitalis sehingga tidak ada ruang untuk belas ehsan... Walaupun ianya terpampang di depan mata..

Betapa rendahnya harga manusia... Benar kata Tuhan.. Manusia itu boleh jadi hina.. malah lebih hina dari binatang ternakan..

Benar, amat benar... benar sekali..

i.n.a.a.m.i said...

kassim:
hai!!

jup:
kan..

khairol:
anda memang lawyer...