bye bye:
Monday, February 20, 2012
Saturday, February 11, 2012
apam balik~
Alhamdulillah~
Semalam tamat sudah khidmat aku kat KISTEL.
Saja eja salah :p
Maka genaplah setahun & 10 hari aku disana.
Seronok kerja kat situ, dikelilingi kawan-kawan. Tapi tu lah, gerun dikelilingi para akademik.
Pusing kiri Prof itu Prof ini. Tengok kanan Dr. itu Dr. ini.
Student masters, PHDs.. fuh!
Semalam tamat sudah khidmat aku kat KISTEL.
Saja eja salah :p
Maka genaplah setahun & 10 hari aku disana.
Seronok kerja kat situ, dikelilingi kawan-kawan. Tapi tu lah, gerun dikelilingi para akademik.
Pusing kiri Prof itu Prof ini. Tengok kanan Dr. itu Dr. ini.
Student masters, PHDs.. fuh!
dalam kenangan~
31 Januari 2011 - 10 Februari 2012
tamat.
***************
Oh ye, dalam peti sejuk ada sweet corn.
So cari punya cari resipi yang berkait dengan sweetcorn..
Tiba-tiba rasa nak buat Apam balik.
Alah..simple je ni.
Tapi..oh no.
Lihatlah gambarnye.
Thosai ka Apam balik nih??
:D
step step:
1. masuk telur sebiji dan gula 1/4 cawan, putar sehingga kembang.
2. pastu masukkan 1.5 cawan air, 1 sudu teh soda bikarbonat, 1 sudu teh baking powder, sedikit pewarna kuning. (tapi sebab aku hanya ada warne oren, aku taruk oren. ingat nak tarukla pink ka merah ka.. tapi takut kang xde orang mau makan. haha). lepastu masukkan 2 cawan tepung gandum, putar lagik sampai sebati.
3. biarkan sekejap adunan tu tadik, dan jom kita bakar kacang. sorry gambar terbalik..malas nak adjust. lalala.
4. kacang sesudah dibakar atas periuk. nak goreng pun boleh, tapi sebab mau elak minyak berlebihan..aku bakar.
5. tuangkan sedikit atas pan, dan sambil tu taburkan serbuk kacang, gula (kalau nak), sweet corn. Jangan lupa sapukan permukaan dgn minyak or butter dulu..kang xterkeluar lak apam korang.
siaap!
apam balik versi besarr....tak ranggup. lembek2 jek ni.
tak suka?
suka yang kecik2 rangup2?
buatla kecik2 pulak..
macamni:
tapi tapi..
lagi sekali ku bertanya
thosai ka apam balik??
:p
selamat mencubaa~
lalala
Sunday, January 29, 2012
Potato bun bun ;)
Potato Bun!
Aku punya la ingat benda ini simple nak buat. Rupanya..astaga, 2 hari aku buat mende ni.
Nak tunggu yis ku aktif membangunkan tepung.
Kalau korang nak cuba, setiap ramuan itu kena tepat ye. Yis jangan taruk banyak sgt, nanti bau tengik.
Tepung lak jangan banyak sgt, nanti jadik keras.
Aku buat macamni:
Bahan-bahan untuk Bun/Roti:
135 ml air sejuk
300 g tepung gandum
1/2 telur (1/2 lagi untuk disapu pada atas permukaan roti nanti)
35 g butter
3/4 sudu teh garam
1 sudu besar tepung susu
2 sudu teh yis instant
80 g gula kasar
60 g potato yang dah dilenyek dan direbus
Potato tu, dah rebus dan lenyek baru timbang ye.
Ok cara-caranya:
1. Gaulkan sekali bahan-bahan seperti di atas. Terpulang la nak guna tangan ke mixer ke. Tapi kalau guna mixer tu, hati-hati sebab adunan ini likat sikit. Takut nanti rosak pulak mixer.
2. Uli sampai jadi doh. Kalau doh korang tak lawa bulat, lembik-lembik..tambahkan tepung sikit demi sikit. Tapi jangan banyak sangat ok. Nanti keras.
tengok doh ni, tak lawa kan? macam lembik je, tak solid gitu.
takpe..macamtu la :)
3. Tutup doh dengan kain basah.
jangan usik usik.. biar je. dalam 2 jam macamtu.
jangan bukak-bukak ok..
4. Ha tengok..dah kembang kan. 2 kali ganda.
5. Tumbuk-tumbuk doh...keluarkan angin dia. Pastu uli-uli susun kat tray. Kalau korang ada tray segiempat, lagi lawa. Tapi aku guna je yang bulat.
adunan 1st.
plain takde inti. susun elok-elok jangan tindihkan.
sebelum tu sapukan dulu butter kat permukaan bekas.
adunan 2nd.
aku letak inti jem rasberry ;)
6. Tutupkan bekas dengan kain basah lagi. Nak bagi tepung naik lagik.
7. Sambil tunggu doh naik, jom buat kastard!
kastard ini untuk di hiaskan atas bun itu nanti.
Cara nak buat kastard ini sebenarnya terlalu general. Ikut citarasa masing-masing.
Aku masukkan 1 sudu kastard, 1 1/2 susu cair, 2 sudu air, 1 sudu gula.
Sebab taknak manis sangat.
Ok kemudian, masukkan kastard tu ke dalam piping beg.
Kalau takde piping beg pun, masukkan je dalam beg plastik ke..kon kan plastik tu..tebuk lubang.
Dan telur yang dah dipukul untuk disapu pada roti.
7. Ok masa untuk cek adunan kita.. tengok.. dah takde dah kan ruang-ruang antaran doh? :)
yis membiak dengan bahagianya..
..bagus yis. good job!
8. Sapukan telur pada permukaan.
9. Picitkan kastard atas roti. Ikut citarasa masing-masing camne mau decorate.
11. Siappp!
adunan jem :)
haha..bulat..bulat...
kalau suka kastard banyak-banyak.. tarukla banyakk...
ini saya tiru potato bun kat carefour tu.
apa?
nak tengok intinya?
jem!
jemput makan ;)
Monday, January 23, 2012
Kek batik biskut DIGESTIVE ^^
Salam semua.?????.
Oh lalang tumbuh lagik. Hehe.
Blog aku ni macam musim plak. Kalau dah mula pasal masakan...mula la post berderet pasal masakkan jek.
Hari ini aku buat kek yang paling senang di dunia.
Tak lain tak bukan, kek batik.
Cuma kali ini aku olah sikit, cuba nasib sikit guna biskut digestive.
Untuk pengetahuan korang, ni biskut favourite family ku.
Biskut ni wajib ada kat rumah kitorang. :) Jadi bagus la kan, tak perlu beli barang mau buat kek ekeke.
Ok so ini bahan-bahannya:
Oh lalang tumbuh lagik. Hehe.
Blog aku ni macam musim plak. Kalau dah mula pasal masakan...mula la post berderet pasal masakkan jek.
Hari ini aku buat kek yang paling senang di dunia.
Tak lain tak bukan, kek batik.
Cuma kali ini aku olah sikit, cuba nasib sikit guna biskut digestive.
Camnila rupa biskutnya..
Camnilah rupa paketnya ;)
Untuk pengetahuan korang, ni biskut favourite family ku.
Biskut ni wajib ada kat rumah kitorang. :) Jadi bagus la kan, tak perlu beli barang mau buat kek ekeke.
Ok so ini bahan-bahannya:
ramuan di rahsiakan
kekekeke
aku share gambar aje la ye :)
tadaaa siapp!
kek batik biskut digestive :)
lihatlah teksturnya.. yum yum
potong kecil-kecil masa menghidang ye..
sedia untuk dimakan~
tapi tekstur kek batik guna biskut marie lagi kemas kan?
:p
Saturday, December 10, 2011
Sunday, November 27, 2011
Perutusan dari Si Pemilik Blog..
Salam kawan-kawan yang dihormati,
Selamat tahun baru dan semoga tahun yang mendatang kita dilimpahkan dengan rezeki yang melimpah dan diberkati hidup. Amin ya rabbal'alamin.
Dikesempatan ini saya ingin menhighlightkan beberapa perkara dibawah:
Handphone ku yang disayangi telah selamat rosak pada lebih kurang sebulan yang lepas disebabkan screen-nya yang bermasalah. Saya kurang pasti apa dia masuk air ka apa ka..tapi yang pasti dia rosak. Maka segala contacts kawan-kawan hilang sama sekali dan dari 400 contacts kini yang ada saya save dalam simcard hanyalah 13 nama.
Mohon jasa baik kawan-kawan menghubungi saya di azrin4@gmail.com untuk memberikan nombor dan ucapan tabah hati kepada saya :p
Haha.
Maksud saya disini, saya ...minta maaf kalau ada yang call tu tapi saya tak angkat sebab nombor yang tak dikenali. Ataupun jika saya angkat juga call tu, jangan ingat aku main-main tanya siapa ini..sebab sesungguhnya memang benar-benar aku tak dapat cam suara kalian.
Oh duit jatuhla dari langit.
Sekian Ikhlas dari saya,
Si Pemilik Blog.
:)
Lawa je aku susun contacts aku kat phone aku yang dulu.
sob sob..
Oreo-Choc Aiskrim~
Lalala
Seperti biasa, resipi disini hanyalah resipi yang sihat-sihat sahaja.
(Eceh)
Aiskrim tanpa cream:
Ini resipinya:
1 tin susu pekat manis
1 1/2tin air masak
3 biji telur
3 sudu makan ovalette
6 sudu makan serbuk koko
2 sudu kecil
2 pek(2x135gm)biskut oreo chocolate cream n peanut butter-asingkan cream dan biskut
CARA:
1.satukan semua bahan dan putar pekat,kembang kilat
2.sejukkan dlm peti sejuk beku dgn suhu beku maksima
3.keluarkan dan putar lg hgga berkrim
4.bekukan semula dgn suhu maksima
5.kemudian,hancurkan oreo kasar2
6.campurkan sekali cream dan kacau sebati
7.taburkan sedikit oreo atas ice cream...
siap!!
Seperti biasa, resipi disini hanyalah resipi yang sihat-sihat sahaja.
(Eceh)
Aiskrim tanpa cream:
resipi asal
juga boleh ditambah mengikut citarasa
(gambar diatas saya tambah nata de coco + m&m)
Ini resipinya:
1 tin susu pekat manis
1 1/2tin air masak
3 biji telur
3 sudu makan ovalette
6 sudu makan serbuk koko
2 sudu kecil
2 pek(2x135gm)biskut oreo chocolate cream n peanut butter-asingkan cream dan biskut
CARA:
1.satukan semua bahan dan putar pekat,kembang kilat
2.sejukkan dlm peti sejuk beku dgn suhu beku maksima
3.keluarkan dan putar lg hgga berkrim
4.bekukan semula dgn suhu maksima
5.kemudian,hancurkan oreo kasar2
6.campurkan sekali cream dan kacau sebati
7.taburkan sedikit oreo atas ice cream...
siap!!
Subscribe to:
Posts (Atom)









































