CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 24, 2010

andai ku...

window shopping handphone adalah berisiko
dan mahal

RM1k+
gulp...

Tuesday, April 20, 2010

kosa kata hari ini

jam 1.20 : baru lepas loceng akhir. aku berjalan-jalan balik.


tiba-tiba..terdengar.


"cikgu tengok penat hari ini."




aku faham.
senyuman dibalas.





tergelak dalam hati sorang-sorang dalam kereta.





takpelah at least ada usaha bertutur melayu.
bersurai~

Friday, April 16, 2010

lima ringgit cikgu.

hahaha


hari ni aku gelak guling-guling
dengar lawak 5ringgit dari student aku.





memang lawak gila kot.



tapi tamau share.
haha.
tata.

Saturday, April 10, 2010

wahai ptd.. beginikah exam kamu...

setiap kali buat exam, mesti nak post.
macam ala-ala postmortem la kononnya kan..


sapa nak bace..bacelah.




hari ini aku duduk exam M41 di SMAKL.
1st time duduk exam yang sibuk dikata-katakan orang ni.
memang tak sabar sebenarnya nak jawab.
dan aku macam takda perasaan.
tak nervous langsung..
macam ..ntah mentaliti aku dah set kot, yang aku tak layak.


tapi saja pergi sekadar suka-suka.
aku lagi berdebar tahap maximun time duduk exam Mtest. (honestly)


aku tengok je gelagat orang yang masuk dewan.
ada yang pakai siap ala-ala pegawai dah siap dengan blazer.
aku ingat pengawas peperiksaan..tengok-tengok duduk sebaris dengan aku sambil asah pensil.
hehehe.


macam-macam lah..


ok ni adalah summary exam aku.


bahagian A: pengetahuan am.
soalannya boleh tahan.
tembak wajib la ada.
hiburan + kenegaraan + sukan.

bahagian B: matematik + IQ
boleh tahan tapi..
tak cukup masa.


bahagian C: pemahaman petikan bm dan bi.
boleh tahan.
alhamdulillah.
soalan agak straight forward.
tatabahasa dan grammar pun agak simple.
memang hati dah berbunga-bunga time ni.

bahagian D: esei bm
ada 3 soalan.
1.cara mengurangkan harga makanan import.
2.generasi kini kurang semangat patriotik. bincangkan.
3.GTP.
saya buat soalan 2: patriotik.
best digoreng.alhamdulillah isi datang agak mencurah-curah.
teringat cikgu suguz aku :)


bahagian E: esei bi.
ada 3 soalan.
1. danger of social web - fb.. twitter..2. (aku lupa) hahaha
3. ways to enhance unity in country.
aku jawab soalan 3.
goreng gak tapi ayat macam kurang mantap.
idea kering kontang.
argh.

bahagian F: sahsiah diri
pening kepala.
banyak soalan.
keliru nak jawab setuju or sangat setuju.
tension.
sakit tangan.


bahagian G: minat
lagi banyak soalan.macam main tetris.
lambat sikit ..habis.
1soalan takboleh lambat dari 5saat.
aku dahla jenis lembab melorek.
cuak tengok orang siap lebih cepat dan balik.
nak balik gak....




maka tamat lah exam.
aku rsa aman-damai je buat exam hari ni.
sebab ketua pengawas dia agak lucu kot.
sejuk hati..
all the best kawan-kawan!!
hidup perlu diteruskan!
hiyarkk!!!



kalendar aktiviti kpli




buku ini best.







Tuesday, April 6, 2010

oh kesian kamu...

aku rasa aku ni sorang yang sangat mudah kesiankan orang.
terutamanya student aku. walau betapa 'bertanduknya' dia tu, kalau dah buat muka kesian..
aku cair. hari ni aku nak cerita pasal 1 class ni yang memang aku tak suka gila. memang tak best langsung masuk class ni. diulangi...tak best langsung!!


so memandangkan class ni tak best langsung, maka antara banyak-banyak class, dorang ni lah aku bagi paling banyak nota. paling banyak dipaksa skema dan selalu kena ugut wajib hantar buku. sebab kalau salin nota dorang ni senyap sikit. diulangi..senyap sikit. haiz.


dan aku memang tak pernah terfikir nak buat aktiviti dengan dorang, lagi-lagi melibatkan luar kelas. dalam kelas pon tak terjaga, nak bawak keluar memang cari nahas lah kan. nak bawak pegi library pun aku fikir sepuluh kali.


***


tetapi hari ni tiba-tiba sedang aku salin nota dengan khusyuk kat whiteboard, dengar suara panggil aku..


" cikgu..4B mereka pergi ZOO. Kita projek apa?"

belum sempat aku menjawab...kawan dia mencelah

"cikgu..kita pergi Genting!"

kemudian semua muka geng dia tu (Adalah dalam 4orang) tengok aku dengan muka penuh harapan menggunung gila.



"takyah nak perasan lah aku nak bawak kau keluar-keluar. kau ingat aku takdek kerja lain?"
(aku bisik dalam hatiku kuat-kuat)


tapi aku menjawab..
class kamu tak dengar cakap. so tak boleh keluar.

dengan tak pernah-pernah class tu fokus ape aku cakap, tiba-tiba semua pandang nak dengar ape aku cakap. so ape lagi, aku pon menambah..


setiap kali masuk class bising. so memang class kamu dan class 4X saya tak bawa pergi mana-mana. so buat aktiviti dalam sekolah je ya. bersihkan tandas sekolah ke dewan ke. (saja cakap camtu)


"cikgu...taknak....." (suara ala-ala kesian dengar dari entah mana ntah)




kesimpulannya.

PADAN MUKE!!
lalala.

sape suruh kejam dengan aku.
aku kejam dengan kau balik.




tapi aku kesian.
nantilah pikir... :)

Sunday, March 28, 2010

where can i find the button R?


saya berminat dengan buku ini
sapa yang mahu jual 2nd-hand

inform aku.







for what reason?
exam c41: sucks

Wednesday, March 24, 2010

aku pos bende ni. adeke orang akan bace? adeke orang akan respon?

haha aku suka buat title panjang-panjang.


aku sebenarnya nak bertanya pasal ni:


PEPERIKSAAN KHAS Pegawai Sains C41 di UiTM.



aku akan duduk exam ni coming ahad (28/3)
maka..



1.apa yang perlu aku prepare?
2.sapa-sapa nak kongsi experience?









kan best kalau blog aku femes macam blogger2 yang masuk Bulletin Utama tu.

Sunday, March 21, 2010

my dear bloggie

hits count


cepatlah sampai angka 4000!
cepat..
cepat..

saye nak tengok




3900

Friday, March 19, 2010

aku mau belaja mandrin!!

aku taknak pun post pasal kem ni kat blog.
sebab aku rasa kem ni biasa2 saje.
tapi ada something yang buat aku nak share dengan semua.







roti lilit! hahaha..




unik kan?
aku teruja tengok dorang buat bendalah neh. :))


ingredients dia ialah:
tepung
air
gula
....then bakar

ini dinner untuk budak-budak form1,2 dan 3.
yang senior2 tu makan lain.
:)






budak-budak diatas ni cube menukar basic roti lilit ni kepade sesuatu yang 'kreatif'.
tapi aku tengok roti lilit tu lagik berjaya.



yea roti lilit saye dah boleh dimakan.. :)




dan mcm-mcm games yang mengharu-birukan...
mcm yg atas ni, kene tangkap roti dengan kepala.
kalau tak dapat tangkap, kene sapu muke dengan tepung+air






dan bersama saye ini ialah sorang mangsa yang paling banyak kene tepung.








aku mahu belajar mandrin!!

Friday, March 12, 2010

bocor soalan jap...

ade 5set soalan:
1. verbal
2. analitikal
3. english
4. kuantitatif
5. insak


contoh soalan insak:

1. kalo jumpe duet tepi jalan, apa yang dilakukan?
a- ambil dan simpan dahulu
b- ambil dan bagi kepada badan kebajikan

2. saya akan mengikut semua arahan dari majikan walaupun saya tidak bersetuju.
a- wajar
b- tidak wajar

3. kadang kala saya akan ketawa dengan lawak lucah.
a- wajar
b- tidak wajar

5. kawan anda dilanda masalah kewangan sehingga menganggu urusan kerjanya. apa tindakan anda?
a- meminjam duit walaupun anda memerlukannya
b- menasihati supaya tidak boros

***


nampak macam senang.
tapi..135soalan macam ini dalam waktu terhad itu bukan senang.









tabik spring kat sape yang set soalan analitikal.
awak memang best.