CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 22, 2010

aku berkawan dengan pelajar jahat.

salam.

sudah lama tak update blog. :)
i miss you my bloggie.



aku perasan sejak menjadi guru sandaran ni, post aku kat blog or even kat facebook mostly pasal sekolah. mungkin sebab aku teruja mengadap dorang and aku sedar yang aku ni sementara je tuk job ni. so aku rasa nak share everything.


tahun ini aku mengajar subjek ringan-ringan sahaja. mungkin sebab dah ada ramai penganti cikgu tetap untuk subjek aku yang aku ajar tahun lepas. happy sebab aku tak payah stress pasal nak prepare lebih2...tapi aku rasa tak puas mengajar. sebab aku rasa aku pergi sekolah sia-sia je. aku nak anak murid aku berjaya. (poyo)


so hari ini aku nak share something yang interesting dan buat aku tergamam jap.

:)



nak menghadap kelas yang lemah dan agak kurang ajar itu bukan senang.
tahun ini, dalam banyak-banyak kelas, saya paling gerun kalau tiba hari khamis....pendidikan seni form3X.

******

masa ke-8


aku masuk ke kelas macam biasa. hari ini merupakan hari pertama aku masuk kelas ini. sebelum ini pernah masuk sebagai guru ganti je. kali ni masuk untuk mengajar.

class dipenuhi murid berbangsa cina dan masing-masing sibuk berbual dalam bahasa mereka.
murid-murid berjalan2 dan sibuk dengan urusan masing-masing.
sorang demi sorang datang untuk mintak pas pergi ke toilet.
student lelaki yang kat belakang tidur dan ada yang bermain baling-baling kertas.



aku rimas dan BLUR.


aku biarkan keadaan sebegitu untuk beberapa minit.
aku gunakan teknik merenung dan bersandar di papan putih--> tak menjadi.
aku berjalan-jalan dengan memegang buku kawalan-->tak menjadi


aku bengang (seriouly bengang gile, sumpah tak pernah rasa camni sebelum ni)



CLASS!!!!!
duduk tempat masing-masing!
stop semua kerja!!! sekarangg!!!
ini kelas yang paling teruk saya pernah masuk!!


(situasi menjadi kaku)

students dgn slow-slow duduk..dan pandang sesama sendiri.







kenapa bising sangat??
kamu nak tiap2 hari kena marah macamni ke?
nak ke demerit 1 class??



aku puas hati.
aku meneruskan benda yang sepatutnyaa jadi lepas itu.
dengan muka yang mengalahkan bontot ayam.
dan lecture dorang atas ketidakpuasan hati aku.

dorang diam. entah faham entah tak.
lantak. asalkan diam.





10minit..kawalan kelas amat best. happy gile aku wpon luaran mukaku mcm hampeh. hehe.
tapi..keadaan kembali sedekit demi sedikit..menjadi bising.
sorang demi sorang..
mula bangun..dan yang belakang itu mula mancari pasal.
ini semua lepas aku mula duduk di kerusi guru. dorang kalau nak aku berdiri je kot depan kelas tuk 1jam?
bengong.


aku mati akal.


aku dah hilang tenaga dah nak jerit2 ni.
aku malas ....




tiba-tiba ada student angkat tangan.
"cikgu, sekarang pukul berapa?"
"cikgu, pukul berapa?" <-- kwn die menyampuk. soalan yang sama.
(aku rasa comel tetibe)


'kamu dua, mari kedepan'

mereke datang ke depan, dengan muke buat salah. seolah-olah macam aku nak panggil denda dorang. sorang mata bulat2 macam pakistan, sorang lagi keding and muka jahat mmg takyah cakap

'cikgu nak kamu berdua berdiri depan class'


"hah..cikgu..kami tak buat salah"

'ada saya kata nak denda? cikgu nak kamu kawal kelas. kelas bising. mulai hari ini kamu berdua jadi pengawas kelas 3X ok?

"OK CIKGU!! bolehhbolehh"

tetibe ade sorang lagi datang
"cikgu2, saya pun mau"

'ok kamu pu join. tapi boleh 3 orang sahaja ok?'

kemudian aku bahagikan ikut kawasan. masing2 jaga row lain







and amazingly..............






dorang dapat manage kelas dengan baek!!!!
bising sikit jek terus aku leh dengar dorang dengan penuh rasa amanah sibuk 'shuhh!shuhh!!!' kawan-kawan dorang.

dan mereke memang tak duduk... berdiri dan kawal seolah2 macam pengawas di tapak perhimpunan. (serious..tak tipu)

aku terharu gila.





sebab asalnya mereke bertiga nilah yang paling bsing!
influence kawan2 dorang yang lain tuk bising gak.

so aku tanya salah sorang dari dorang, sebab aku tengok die bersemangat jek jaga kelas:
kenapa kamu tak jadi pengawas sekolah? saya rasa kamu layak.




die menjawab.....
cikgu, jadi pengawas tak boleh bela rambut panjang.
(sengih)







hampehnye budak.
ahahahha..aku suke!!!! problem tingkatan 3X solved!!
(hopefully tuk nex wik gak.plz)

:)

Tuesday, October 20, 2009

senyum saja lah.

minggu ini sepatutnya minggu peperiksaan tapi last minute ditangguhkan ke minggu depan atas sebab2 tertentu. maka secara otomatiknya, minggu ini pembelajaran dan pengajaran adalah seperti biasa.

memandangkan penangguhan dibuat agak last minute, aku menjangkakan students sudah bersedia menempuhi exam. maka aku pulak prepare bagai nak rak.



menyiapkan soalan revision.
menyiapkan skema jawapan.
fotostat.
study kejap.


the next day...


***

bla3..bla33..bla2.
(konon2 mengajar)



soalan diaju..
class what is hypothesis?
(class diam)


ok mungkin kene explain hypothesis berdasarkan soalan.
aku membaca ayat pertama soalan 1.
aku mengaju soalan.
class what is the meaning of 'sinks'?
(class diam)


aku melukis di papan putih gambar yang sedaya upaya aku untuk menerangkan apa itu sinks.



soalan diaju kembali.
class what is the meaning of 'sinks'?
(class diam)




aku speechless jap.
tengok jam, 10 minit untuk loceng masa ke 2.












last step.
aku tulis jawapan di papan putih untuk hypothesis yang bernilai 1 markah.





class bersurai.




FYI kertas itu berjumlah 30 markah.
macamana ni??

Sunday, October 18, 2009

org cakap buat keje gile boleh kurangkan stress?

biarlah orang tak faham.


nan eppei suppose ennodeyei notes siyennum.
ennodeyei class pulleileku, adethevarum parrechei.
athe nallei, nan ennodeyei best effort kudethe nan anthe pullelleku othevi panne nenikkeren.

enthe pulleile nenecha, rumbe mande iddiya irukum celle neretheku.
celle puleilegge vanthe english padikke korrei teriyelei.
eppedi answer ellitungge?

andheven then kapathunum eveinggele.
eppeve eveinge vanthu muirchi panneleinda...
apperom next year ku vantu rumbe kastemma irrukum.



ittheilla nan nenicha...
nan vanthu neneipen, yen na inthe notes vei seiyennum?


yen?



hahhaa.

puas hati!!
aku sendirik bace balik pon aku xpaham.
ngahahhhahhahaa.
arghhhh stresss!!!!!!!!!

Friday, October 16, 2009

bad.bad.bad


i need this

and this
more...


how?
the end .

p/s: happy deepavali valtugal to all my indian friends :)

Monday, September 21, 2009

ouch sakit.


terkena lagi.
turut terlibat, abg polis yang tak reti tunjuk direction + MYVI putih.
sorry myvi.
lalalala.

Sunday, September 20, 2009

dah besar dah die :)


since 21 september 2008
and today..
u've already 1 year old! yeayy!!
selamat hari jadi blog :)
i love u.
***
dikesempatan ini mengucapkan
Selamat Hari Raya kepada sesape yang terlalu kat blog saye
if ade perkataan yg terguris mana2 pihak
sila ampunkan :)

Thursday, September 10, 2009

kesah or tak? or sakit ati or ape? apekah...

anda susah payah bangun pagi.
cari baju, iron, pakai baju gosok gigi.
redah jem, redah hujan panas terik walaupon pakai sunglasses dalam kereta bagai puteri.
parking lak macam siot hari-hari.
lambat sikit habislah parking tak dapek ape nak jadi.
if datang lambat penat2 cari cara survive pikir alasan yang logik diberi.
time kerja orang sebelah anda mungkin bukan kawan anda yang dikenali.
mungkin juga kawan anda yang anda tak sukai.
meredah segala stress bekerja, tak kira hari.
bekerja dengan penuh berhati-hati supaya tak kena potong gaji.
balik pulak jem tiap-tiap hari.
tengok2 mungkin kadang-kadang tu petrol habis, cepat2 pergi isi minyak penuhkan tangki.
penat. berpeluh....stress lagik sekali.
sampai akhir bulan, dapat gaji.
anda seronok. riang. tertawa. hati girang gembira tak terperi.

*****

tetapi jika anda ditegur..
dan di-bebel for each cent u spent.





rasa best kan.

Monday, September 7, 2009

hari yang aku betul-betul mengajar adelah hari INI. @#%$#%!!

class, simpan semua buku..
-(bising-bising)


class, tolong simpan buku lain
-(bising-bising)


(senyap, bersandar kat whiteboard)
-(masih bising)


(senyap)
-(senyap)


(senyap)
-(senyap dan buku biology atas meje)






oh begitu tektiknye?????
aahhahaha.
adeyei.

Sunday, September 6, 2009

back to school...

pagi yang best, aman damai, tiada kesulitan dialami.
bersiap sedia after sahur, drive ke sekolah. pagi-pagi dah buat hal, terparking kat tempat pen.kanan. huhu. nasib baik perasan, then alihkan kete. :D

a bad starting..?
perjalanan nak pegi pejabat macam jauh gile.





lalu kat kaki lima tepi class...
" selamat pagi cikgu "
sorang gadis cina tunduk wish aku. ahahhaha!!
slamat pagi.. :)


then sepanjang perjalanan ke pejabat tuh byk lah 'selamat pagi cikgu' nye... :))
masuk pejabat, tunggu pengetua tiba...

***

pengetua baru.
dapat subjek ape nak ajar, buku tebal, jadual waktu, dan pelan sekolah aku sendirik~ haha. banyak dah dorang ubah, so aku memerlukan pelan.

perjalanan selepas itu berjalan lancar. cikgu2 lama aku ade yg still maintain, ade yg dah kurus, gemok, tua bla3.. lumrah manusia~



10.25: masok class ganti

selamat pagi cikgu! <--ramai2. seyesly aku cakap..aku tahan gelak.
- ok duduk.

class namanye 4Y.
nama pun dah macam gerun sikit kan. aku dah kuatkan semangat dah.
bisingnye astaga...dgn budak2 tak endah pon aku masok. main2 kt luar, kerusi mejenye berterabur. aku dah mcm........duh. ok, sabar ina.


tiba-tiba, budak depan aku bersuara. budak ni duduk depan meje guru jek. aku baru jek nak sign buku laporan class.

cikgu, saya nak bertanya boleh?
- ok, apa dia?

cikgu, di negara ini, adakah cetak rompak itu tak boleh?
- ye tak boleh...

kenapa cikgu?
- (bagus giler ah budak ni kan, yang lain main2, die je nak belajar. respek gile) sebab dia curi orang lain punye kerje, so tak baiklah. mana boleh curi-curi. kan?

tapi kalau die minta kebenaran utk cetak rompak?
- erm.. ok .... (maka aku sambung layan budak ni, but tengah2 layan tu aku rasa dah merepek gile dah soalan die)


tiba2 aku dengar suatu bisikan dari belakang.....
' cikgu, die ada masalah sikit cikgu. OKU'


erk!! huhu. hmm, tapi aku rasa die ok je kot..hmm.


then aku habiskan sejam aku berborak dengan budak2 depan aku dan ade certain org yg nak dengar story aku. haha. aku elakkan diri dari pegi side meje guru :p


best gile. walaupon just setakat kelas ganti, teringat kembali kenangan2 lama..suke tengok perangai yang tak suke belajar neh. speechless, xleh nak describe, but best. yang lain tu biarlah, buat hal sendirik asalkan tak bising gile.




12.10tgh : class ganti 5R

ok class ni actually tengah trial exam tuk SPM. but time aku masok, dorang xdek paper. aku masok2, huh....mane tempat duduk tuk guru? mana meje guru? yelah, aturan meje die mcm nk exam la kan.

ok cabaran lagi. huhu.

class ni compared to class 4Y , dorang ni tak friendly sangat. macam dalam dunia dorang sendirik. anda ramai gile ponteng class xtau pegi mana. aku baca laporan class ni pon, tiap2 hari ade guru complain dgn dakwat merah. so ape lagi, xyaha bazirkan air tekak aku..lalala.


***

aku hanya masok 2 class je hari ni. due2 pon class ganti. 4Y dan 5R
esok baru mula mengajar. aku ditugaskan mengajar biology form 4 and sains form 4. dan cikgu biology aku still kat situ lagi ye. :p haha. pinjam kejap buku form4, buku teks..bla3..bla3..

cikgu2 kat sini friendly giler. best. apesal dulu aku rasa cikgu2 sini poyos ah?



hope dapatlah balik posting sini :)
amin.




**malam ni kene belajar respiration.
dush.....

Thursday, September 3, 2009

mengajar itu ape?

hari ni hari yg agak serabut bagi aku. so aku pergi ke rumah nenek dan lepak melihat nenek aku baru balik umrah. peluk2, and rasa ade aura sikit ah kat muke die.

tengah lepak2, datang sepupu aku darjah6. nak UPSR tak lama lagi ni. bawak kertas soalan percubaan terengganu die..nama dia azhar. die mintak aku tolong semak kertas soalan die. okey fine, aku nak cuba la testing sikit jadik cikgu kan :p haha


soalan sains.
ade gambarajah pokok dalam pasu dan atas dia matahari.
soalan dia camni: apa yang pokok tu tak akan dapat if semua daun dia disapu dengan minyak.
A. air
B. udara
C. cahaya matahari
D. ruang

azhar bulatkan A. air


azhar, kenapa cakap air?
- sebab kalau sapu minyak, pokok tu tak dapat air kalau hujan.

salah tu azhar. pokok kan dapat air dari akar. kan kite siram air kat tanah kan..mana ade kite siram kat atas daun.
- ok. (azhar padamkan jawapan dia)
- so apa jawapan?

cube fikir sikit. daun ni ape fungsi dia?
- (azhar diam)

atas daun ada ape?
- (azhar diam)

okey, camni..daun ni fungsi dia nak buat makanan. kan kalau dapat cahaya, dia buat proses fotosintesis. betultak?
- (azhar merenung kertas tu konon2 tengah baca buat muke kerut)


tau tak apa tu fotosintesis?
- tak tau


erk. okey budak darjah 6 belum belajar kot.

okok, jawapan dia cahaya matahari.
- (azhar bulatkan jawapan dan blah)




hahhaa!!
habeslaa aku weyyyy.
FAIL!!
aku taktau azhar faham ke tak.


3days to go.



update##

hari ini aku bangun and terbace komen si sapuan and aku flash balik.
OMG. kalau cahaya matahari, experimen die gune kertas and die balut daun!! kalau sapu minyak, pokok tu kekurangan co2.

aku call azhar.

azhar, sorry eh haritu soalan pokok tu jawapan die udara. betullah azhar jawab. sorry ok.
- tau, cikgu kat sekolah dah semak. (gelak2)

(sambung gelak) cikgu marah tak?
- tak sebab dia semak ramai-ramai.

(GELAK GULING2!!!)


arggh.... !!! thnxx!! shit giler!