CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 10, 2010

101010


01000001
01011010
01010010
01001001
01001110
01000001



itu adalah nama aku mengikut kod binary :)
sumber









luahan perasaan hari ini:

01100001 01101011 01110101
01101110 01100001 01101011
01101011 01100101 01110010 01100101 01110100 01100001
01100001 01101011 01110101
01100010 01100001 01101100 01101001 01101011 !!












nak try?
print dan boleh isi manually
selamat mencuba :)


Wednesday, September 22, 2010

bloggie's birthday

selamat hari lahir bloggie!











selamat ulang tahun ke -DUA
aku sayang kau!!

tapi sekarang aku tak dapat membuat banner harijadi.
kita tunda hari esok ek..




i love u bloggie~

Tuesday, September 14, 2010

nine-nine-nine



02092009: bye-bye vads

07092009: hai SMKB!

10092009: raya raya :)

21092009: ulangtahun bloggie yang ke-2.




tak sangka.
masa berlalu begitu pantas.
seram sejuk masuk alam tadika masih terasa lagi.









wah aku suka bulan 9.

Sunday, August 22, 2010

main jari.

"mak pergi ke pasar beli baju, beli baju warna apa?"
"biru"
"b-i-r-u"




itu permainan aku zaman dulu-dulu.



kini..
"train-train where you want to go?"
"italy"
"i-ta-ly"



maka aku bertanya:
bukan kira i-t-a-l-y ke?



mereka menjawab..
tak. ikut suku kata.






ok maka aku excited.
oh suatu kelainan!
nak tengok lah.



sampai satu masa..
ade dalam 6 budak cina bermain.
so tiba seorang ni menjawab: terengganu
"treng-ga-nu'


aku tengok ada bunyi yang amat tidak menyeronokkan disitu.
kawan-kawannya bersorak tak puas hati.
seorang ni pula seronok sampai tak ingat.
sebab dia menang.




then aku lihat.
aku mencelah..
" eh bukan te-reng-ga-nu ke?




semua statik jap.





suasana bising balik tapi kali ni sebaliknya..mereka bersorak puas hati!
tapi seorang yang menang tadi tu tak jadi menang sebab jarinya tidak kena.






hahaha puas hati sebab berlaku adil tadi.
jalan-jalan...budak tu menjawab:
cikgu..itu kali pertama saya mau menang :(






erkk aku tak patot kacau budak-budak tengah happy.

hehe.





suka tengok budak form3.
innocent, comel, dan sewaktu dengannya.




goodluck trial PMR !!

Wednesday, August 11, 2010

soalan vs soalan



(segala conversation dibawah ini adalah dengan muka serious)




cikgu puasa ke?

-ye



puasa tak boleh makan?

-tak



minum pun tak boleh?

-tak



telan air liur?

- telan air liur boleh je





dan soalan hampeh dari salah seorang tu sebelum aku blah dari tempat tu:

so cikgu, kalau macam itu cikgu tengok makanan favourite cikgu lama-lama, lepas itu mulut berair cikgu boleh minum lah macam air kan?













budak2 semakin kreatif .

Monday, August 9, 2010

mesej dari si penulis



nampak ke tulisan kecil tu?


zoom..zoom..





selamat berpuasa!! :)









tak pernah merasa kurma yusuf tayyub.
spelling pun ntah betul tak.

Thursday, July 22, 2010

komik


nampak komik ni masa PSP Sivik.
haha aku suka.

dah insaf..






aktifkan dirimu~

Wednesday, July 21, 2010

hari ini hari rabu yang pelik..

fuyo lame tak menulis

aku rasa aku lah blogger nuffnang yang paling miskin


:]

*****
hari ini aku nak cerita tentang buku kawalan yang 'ajaib'.
korang tau kan buku kawalan?


aku taktaulah sejak bila buku kawalan ini wujud kat sekolah. sebab sedar-sedar je time aku sekolah memang ada buku kawalan. rasanya memang dari tingkatan 1 lagi macam pernah nampak cikgu pegang-pegang.


masa zaman aku tu, kalau ada nama budak masuk buku kawalan, memang cerita hot gila lah.
dan pastu 1 class akan kena marah.
dan pastu budak tu mesti muka gelabah sebulan.
kesian kan.
masa tu buku kawalan ialah buku yang paling digeruni.




maka sekarang ni, aku tak guna kekerasan buku kawalan.
aku kan 'sayang' budak-budak nakal ni.



tapi aku agak teruja dengan kisah hari ini.
tak sangka buku tu sebenarnya mampu menyebarkan suatu berita dalam masa yang..sangat singkat.
wow kejap!




begini ceritanya.


exam form4. aku jaga class 4X pagi ini.
exam english 1 jam.


budak-budak okey jek, sebab class ni kalau english dorang memang suka. kalau BM jek tersangkut-sangkut. so agak aman-damai aku jaga class ni hari ini.




tapi..



aku tak senang duduk tengok sorang budak laki ni. dahla tak jawab exam, duk pusing belakang borak-borak kacau kawan lain. aku jadi tensen.


maka aku..
"XXX pandang depan" (1st warning)

"XXX pandang depan..jangan kacau orang lain" (2nd warning)

"XXX senyap lah wei!" (3rd warning)




budak tu buat muka tembok. dan masih pusing belakang.
aku TENSION. aku tengok, buku kawalan depan mata aku je.
pen pon dekat jek ape lagik...tupp nama XXX masok dalam buku kawalan. PUAS ATI.



lantak kau.





bunyik loceng dan aku pon masok bilik guru dengan hati yang bahagia.




tengah bahagia2 dalam bilik guru, datang seorang cikgu...mengajukan soalan:
" azrina, u tulis nama XXX dalam buku kawalan? "




aku tersentak. eh sebelum ni tulis tak pernah lak cikgu lain datang tanye2.
salahke aku? maka aku mengiakan je. tiba-tiba rasa mcm ish sibuk je cikgu ni nak tanya-tanya.. sukati aku lah.


" u tau tak, XXX liquid nama dia dalam buku tu. bla3..cikgu XYZ bagitau saya sebab masa dia dan bla3..so masa tu XXX tak mengaku bla3"


then tiba-tiba datang lak guru disiplin dengan cikgu yang tengah cakap ni. dia pulak menyampuk " ooh so cik azrina yang tulis kan? die liquid nama tu. dan bla3.. tadi saya call ibu dia pasal hal ni, ibu dia tak angkat call"


(erk, macam jadi isu besar jek)

"eh tak..tak. saya yang tulis. sebab dia bising kacau2 kawan. bla3..."




aku jadik gelisah.
eh sampai call ibu?
aduh.
erk abaikan.
lantak kau!!




triinggg
yeay rehat time!
jalan-jalan di staffroom nak borak-borak dengan kawan.
ade seorang menegur..
" eh ina tulis nama XXX kan??"

aku..ermm eh a'ah.
sebab die tu bising.
tak tahan la nak tegur.
so tulis.


blur jap.
fuh.



okei trriiiinggg...
yeay balik time!

tup tap tup tap nak balik
datang pulak sorang lagi dari depan..sorang cikgu cina.

"eh azrina, u tulis nama XXX ya? taukan dia liquid nama dia?"


ehh. eh tau2.
encik PQRS dah bagitau.


"ohh yaka? ooh okei2. budak tu memang bermasalah..bla3..bla3.."





haduh.
adakah aku telah merosakkan masa depan seekor....eh silap seorang budak?
amponmaaf wahai budak.

Monday, June 7, 2010

perlukan hiburan?





layan komik ini.




agak best.



tapi ignore tulisan yang makna tidak elok.
selamat membaca!


Sunday, June 6, 2010

lalala cuti sekola~

ok lagi sekali post aku berkisar dan berputar tentang hal ehwal sekolah.
kepada yang tak mahu meneruskan membaca, boleh stop di ayat terakhir ini.
sekian terima kasih.



*****



Selamat Hari Guru!!
14Jun, hari guru peringkat sekolah aku, dan sekaligus hari terakhir persekolahan penggal pertama. boleh cuba imagine macamana happy gila semua guru dan students pada hari ini? tolong bayangkan. :)


aku ada snap beberapa riak muka students aku yang tak pernah aku lihat sebelum ini. tapi taknaklah upload.


:p


hari ini memang banyak peristiwa yang buat hatiku berbunga-bunga.
1. hadiah-hadiah
2. kad yang warna-warni
3. students yang tiba-tiba jadi baik dan bersopan santun
4. seronok tengok students sorak lepas koir guru. walaupun pitching lintang pukang.
5. dan yang paling penting ialah... aku johan pertandingan memasak. :) tolonglah percaya.




ni beberapa snaps yang sempat diambil:

beberapa scene dari bilik masakan



pengadil masakan




dan ni beberapa masakan pesaing aku:

kreatif kan?


hmm..hmm..




tapi masakan yang memenangi tempat pertama ialah..







lalala
taknak upload.




dah lama tak menulis ni. rasa kekok bercerita lah.
kena rajin lah pasni.
sekian