Salam semuaa~
Lama siut tak update blog..sejak-sejak duk batu pahat nih.
YEAH dah mula study week!!
Tinggal beberapa minggu je lagi nak cuti sem ;)
Harap exam aku dipermudahkan dan minta kawan-kawan doakan aku yek..
*********
Ok, seperti biasa, time-time nak study week ni la macam-macam benda rasa nak buat.
Tapi bila dah mula cuti, poooofffffff.......semua ilang. Paastu keje makan tido jek. Ehehe..
Orait, arini aku nak tunjuk resipi ibu ku yang digilai oleh adelah sorang tu kan.
Ku namakannya Labu masak Ibunaami.
Ibunaami = Ibu kepada Inaami.
Lalalala~
Ini resipinya:
Bahan-bahan:
- separuh labu
- cili kering
- daun kari
- 2 table spoon gula
- garam secukupnya
- air
- bawang merah
labu!!
ok ada tips ye untuk memilih labu yang berkualiti.
tengok picture seterusnya..
nampak tak biji labu tu?
macam kembung2 sikit kan?
tu lah labu pilihan yang baguss..
kan selalu nampak apek2 jual labu tu dah siap belah dua.
so tengok apda bijinya tu. kalau biji dia leper2, tu maksudnya samaada masih muda ataupun dah potong lama. xfresh dah.
ok bersihkan bahagian dalam labu ni.
pakai tangan pun boleh, sudu pun ok.
kerat labu kepada 4 bahagian.
nampak tak jalur-jalur kat belakang labu tu? potong ikut jalur tu..
ha begini rupanyaa...
kemudian kalau nak, bersihkan sekali bahagian dalam labu tu. saya letak labu yang telah dibersihkan dengan yang belum..nampak kan urat2 oren tu? saya bersihkan gunakan pisau kecil.
kemudian buangkan kulit labu.
.
ok all done!
dah sampai step ni, basuh dulu semua labu ni.
sebelum nak potong kepada lebih kecil...
pastu kerat-kerat labu tu kepada bahagian yang lebih kecil..
yes...siap semua..
kasik zooom sikit.. beginilah rupanya labu tu.
jangan potong besar sgt yek..nanti susah masak bahagian dalam dia tu.
potong bawang.
ni nisbah bawang dan labu yang dah dipotong tadi..
cili kering = 5
daun kari = 5
panaskan kuali dgn minyak yang mencukupi.
masukkan bawang, daun kari, dgn cili kering.
time ni masukkan sekali garam secukup rasa.
saya masukkan 1 sudu teh garam.
kacau sehingga sebati..
dah rasa-rasa macam naik minyak tu..
masukkan labu dan gaul sebati..
tuang air sampai rasa-rasa tenggelamkan bahan-bahan atas periuk ni..
jgn banyak sgt..saya letak 1.5 cawan air..
kacau sentiasa ok.
sebab kalau tak bahagian bawah tu akan melekat dgn periuk.
gunakan api sederhana..dan kacau sentiasa sehingga pekat.
siapp!!
tadaaaa...
~Labu masak Ibunaami~
boleh dimakan dengan roti atau nasik.
cicah-cicah dengan karipap ke kan..
sedap.
manis-manis pedas rasanya..
:)
selamat mencuba!!
nampak tak jus jus labu kat keliling tu?
yum yum...
jemput makann semuaa..
harap dia suka
:D
tata semuaa..